suria

Zara Zya kini lebih tenang, simpan rapi identiti teman istimewa... Enggan letak sasaran segera bernikah

Zara kini sedang mengenali hati budi seorang lelaki.

PELAKON Zara Zya memberi bayangan dia kini sedang berkenalan rapat dengan seorang lelaki, namun belum sedia untuk berkongsi secara terbuka kepada umum.

Menurut Zara atau Zainurul Razia Mohd Zainuddin, 41, pengalaman lalu juga membuatkan dia lebih berhati-hati apabila bercakap soal teman lelaki atau kisah peribadi. 

"Saya tidaklah cakap tiada, tetapi tidak juga ada (pasangan). Kalau ada yang baik-baik, insya-Allah saya akan beritahu.

Zara lebih tenang apabila memikirkan soal jodoh.

Zara lebih tenang apabila memikirkan soal jodoh. 

"Berkawan itu ada, tetapi saya belum bersedia untuk berkongsi lanjut. Saya lebih selesa untuk tidak terlalu berlebihan kerana mungkin faktor umur dan sebelum ini sudah banyak pengalaman.

"Pada umur seperti ini, saya mahu lebih tenang. Ada yang patut kita kongsikan, saya akan beritahu. Kalau tidak, biarlah saya simpan sendiri dahulu," katanya kepada mStar.

Zara berkongsi perkara itu ketika ditemui pada sesi fotografi drama Luka Di Hujung Setia yang diadakan di Balai Berita, Bangsar, Kuala Lumpur pada Rabu.

ARTIKEL BERKAITAN: Zara Zya diperlekeh tak ‘famous’, identiti pelakon wanita dikenali ‘J’ bukan Janna Nick

ARTIKEL BERKAITAN: Pelakon ‘J’ hina Zara Zya sebab tak dikenali, diketawakan di lokasi penggambaran

Bercakap soal jodoh, pelakon ini juga tidak lagi mahu meletakkan sasaran tempoh tertentu untuk berumah tangga dan menyerahkan sepenuhnya kepada takdir.

"Sekarang ini saya sudah umur 41 tahun, nak sasarkan apa lagi? Saya lalui sahaja. Insya-Allah, kalau ada rezeki, Allah bagi, adalah nanti. Rezeki ini luas. Tak semestinya tidak berkahwin tiada rezeki lain.

"Sihat tubuh badan, cukup makan dan ada rumah, semuanya rezeki lebih daripada sepatutnya," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Zara tampil membintangi drama Luka Di Hujung Setia yang bakal ditayangkan bermula 19 Mei di saluran TV3.

Zara bersyukur tidak menerima desakan daripada keluarga untuk mencari calon suami.

Zara bersyukur tidak menerima desakan daripada keluarga untuk mencari calon suami. 

Menurutnya, dia teruja apabila sekali lagi digandingkan dengan pelakon Datuk Adi Putra selepas sekian lama.

"Apabila saya dapat tawaran drama ini, bila saya tahu bakal bergandingan dengan Adi Putra, memang saya tidak fikir panjang dan terus bersetuju.

"Sebelum ini saya pernah berlakon dengannya menerusi tiga buah drama, tetapi itu pun sudah lama... sebelum saya berhijab lagi," jelasnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain