SEMPENA menyambut ulang tahun kelahiran isteri tercinta, pelawak Achey membuat kejutan dengan menghadiahkan sebuah kereta baharu jenis Proton X50.Kata Achey atau Mohd Nasir Hamzah, 40, kenderaan tersebut menjadi pilihan bagi memudahkan urusan harian isterinya, Nor Hasanah Yahaya atau Anne. Malah, dia juga terpaksa membuat kejutan seminggu sebelum tarikh ulang tahun Anne kerana kereta miliknya kini perlu diperbaiki.Achey menghadiahkan kereta bagi memudahkan urusan harian isterinya."Dia bergerak setiap hari, jadi sudah tiba masanya ada kenderaan sendiri yang dalam keadaan baik. Ulang tahun dia 21 April, tapi tiada kenderaan untuk digunakan, jadi bagi awal."Semoga dengan kehadiran X50 ini, urusan harian awak lebih terjaga dan mudah. Tak banyak yang saya fikir, janji awak selesa untuk melunaskan tugas seharian," katanya.Dalam hantaran yang dimuat naik di Instagram, Achey turut berkongsi momen isterinya itu mengalirkan air mata ketika menerima hadiah berkenaan.ARTIKEL BERKAITAN: Achey rasa janggal isteri dan anak makin popular, tak sangka banyak rezeki masukARTIKEL BERKAITAN: Isteri teruskan rawatan IVF, Achey sedia ambil anak angkat kedua jadi adik TiaraTambahnya, Anne sebelum ini lebih selesa memandu kereta mereka jenis Perodua Myvi untuk kegunaan harian, namun sering berdepan masalah kerosakan.Achey dan isterinya juga pernah memiliki beberapa kenderaan lain, namun jarang digunakan sehingga terpaksa dijual semula."Beli Audi, dia jual. Belikan Mercedes, anak pula tak mahu naik. Jadi, jual juga. Myvi juga dia guna," kongsinya.Dia dalam masa sama berhasrat untuk menjadikan kereta baharu itu sebagai kenderaan utama keluarga dan menjual kereta lain.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!