SUAMI kepada pelakon Izara Aishah iaitu Adib Khalid buat pertama kali mendedahkan wajah bayi ketiga mereka yang diberi nama Tahara Alima. Adib atau Muhammad Adib Khalid, 36, berkongsi rasa syukur atas kelahiran cahaya mata perempuan mereka itu. "Menyambut kelahiran bayi perempuan kami, Tahara Alima binti Muhammad Adib. Keluarga Izara (dua dari kiri) bertambah meriah dengan kehadiran anak ketiga."Alhamdulillah kami bersyukur atas anugerah yang tidak ternilai ini dan kehadiran satu lagi cahaya kegembiraan dalam keluarga”katanya. Dalam pada itu, Adib dan Izara turut menzahirkan penghargaan kepada semua atas ucapan tahniah dan doa yang diterima."Izara dan saya ingin mengucapkan terima kasih atas segala ucapan tahniah dan doa. ARTIKEL BERKAITAN: Tahniah! Izara Aishah selamat bersalin anak ketiga... “Bertambah lagi puteri dalam keluarga kami”ARTIKEL BERKAITAN: Tahniah! Izara Aishah hamil anak ketiga"Semoga Allah melindunginya, mengurniakannya kesihatan yang baik, dan menjadikannya dalam kalangan orang-orang yang solehah," ujarnya.Untuk rekod, Adib mendirikan rumah tangga dengan Izara pada 17 November 2017. Selain Tahara, pasangan ini turut dikurniakan dua orang lagi cahaya mata perempuan iaitu Irisa Alaia, 6, dan Amara Amina, 3 tahun.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!