SETELAH sekian lama menyepi daripada radar seni, penyanyi Reedzwann akhirnya tampil mendedahkan punca kehilangannya itu.Reedzwann atau nama sebenarnya Muhammad Ridzuan Haqimi Mohd Zailani, 26, mengakui kemalangan meragut nyawa rakan baiknya sebelum ini memberi impak besar terhadap emosi dan mental sehingga dia mengambil keputusan 'mengurungkan' diri. "Ramai bertanya ke mana saya menghilang dan kenapa menyepi. Sebenarnya, saya pulang ke kampung di Perak.Reedzwann berkongsi ketika ditemui media. "Untuk mencari semangat yang hilang, bukan sesuatu yang mudah selepas apa yang berlaku. Disebabkan itu, saya memilih untuk mengasingkan diri daripada orang ramai dan hanya duduk di kampung."Ada sakit yang sukar dijelaskan. Bukan sakit fizikal yang biasa dirawat di hospital," katanya kepada mStar. Reedzwann berkata demikian ketika ditemui pada majlis Rumah Terbuka Seloka Lebaran 2026 anjuran Rusa MVM pada Isnin.Sementara itu, Reedzwann turut meluahkan rasa terkilan apabila ada dalam kalangan ahli keluarganya sendiri gagal memahami situasi sukar yang sedang dilaluinya.ARTIKEL BERKAITAN: [V] Keluarga tahu Reedzwann pergi jemput Humairah di Pulau Pinang, cuba tunai permintaan terakhir arwahARTIKEL BERKAITAN: Penyanyi Reedzwann kemalangan, rakan maut di tempat kejadianSebagai anak sulung, dia lebih selesa memikul bebanan perasaan itu sendirian tanpa menyusahkan insan tersayang."Lebih menyakitkan apabila bukan orang luar sahaja, malah ada juga dari kalangan keluarga yang tidak memahami. Saya rasa seperti tidak ada tempat untuk bersandar. Fasa itu adalah antara episod paling sukar dalam hidup."Hubungan saya dengan keluarga baik sahaja. Saya yang memilih untuk membawa diri demi mengelakkan konflik menjadi lebih buruk. Bukan kerana saya tidak sayang keluarga, tetapi tidak mahu keadaan menjadi lebih tegang."Saya rasa bertanggungjawab untuk menanggung segala kesusahan itu. Biar saya yang hadap, asalkan keluarga saya tenang. Itu pilihan saya," ujarnya. Lebih menyayat hati apabila Reedzwann mendedahkan dia terpaksa berdepan dengan kecaman toksik daripada individu yang kurang empati dan rasa sensitif.Reedzwann kemalangan pada September 2024. "Apabila saya keluar, ada orang tanya ‘kenapa saya tidak mati?’ Soalan seperti itu benar-benar memberi kesan."Kalau dilawan atau dijawab, keadaan menjadi lebih teruk. Walaupun ada juga yang menyokong dan memahami, namun kata-kata negatif itu lebih memberi kesan sehingga kata-kata semangat pun tidak lagi terasa," tambahnya.Sebelum ini, Reedzwann terlibat kemalangan jalan raya selepas kenderaan dipandunya berlanggar dengan sebuah lori di Lebuh Raya Utara-Selatan arah selatan dekat Trolak, Perak pada 7 September 2024.Akibat kejadian itu, rakannya yang dikenali sebagai Humaira maut di tempat kejadian.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!