PENGARAH Datuk U-Wei tersenarai antara 103 penerima darjah kebesaran dan pingat sempena Memuliakan Ulang Tahun Hari Keputeraan Ke-66 Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.U-Wei atau nama sebenarnya Zuhir Saari menerima Darjah Indera Mahkota Pahang yang membawa gelaran Datuk pada majlis yang berlangsung di Dewan Tun Razak, Temerloh, Pahang pada Selasa. Bersyukur atas penganugerahan itu, U-Wei berkata dia tidak menyangka perjalanannya sebagai seniman mendapat pengiktirafan istana. U-Wei tidak menyangka namanya tersenarai sebagai penerima anugerah. "Pastinya saya amat merendah diri apabila mendapat pengiktirafan begini. Sebagai seniman saya tidak pernah rasa cukup untuk berkarya. "Ini satu perkara asing buat saya. Saya tidak pernah menghadap Sultan, jadi amat berbesar hati mendapat pengiktirafan ini," katanya anak kelahiran Mentakab, Pahang ini. Majlis penganugerahan itu telah disempurnakan oleh Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.ARTIKEL BERKAITAN: Razak Ahmad kini bergelar Datuk ARTIKEL BERKAITAN: Remy Ishak terima gelaran Datuk, Ashraf Muslim pula dapat pingat Bintang Khidmat TerpujiCerita U-Wei lagi, dia pada awalnya tidak percaya bakal menerima darjah berkenaan sehingga merahsiakan daripada pengetahuan keluarga. "Saya dimaklumkan mengenai kurniaan ini sekitar dua minggu lalu. Saya hanya diam dan tidak beritahu sesiapa sehinggalah menerima surat rasmi berwarna kuning," katanya. Dalam pada itu, pengarah filem Hanyut ini berkata pengiktirafan tersebut menjadi pembakar semangat untuk dia terus berkarya termasuk dalam bidang penulisan. U-Wei mahu terus berkarya.Biarpun sudah lama tidak duduk di kerusi pengarah, namun matlamatnya sebagai seorang seniman tidak pernah padam. "Saya masih lagi menulis seperti biasa. Cuma sudah lama tidak mengarah. Saya harap selepas ini akan terus berkarya. "Bukan kerana gelaran Datuk, tetapi saya sentiasa 'bernafsu' untuk berkarya," luahnya.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!