KETIKA isu curang dalam perkahwinan menjadi bualan hangat netizen, pelakon Dayana Roza turut berkongsi luahan hati dan rasa kurang senangnya berhubung kemelut rumah tangga itu.Menerusi satu hantaran di Threads, Dayana atau Nur Dayana Kamsun Baharin, 35, berpendapat wanita yang menjadi orang ketiga seharusnya lebih memahami keperitan hati wanita lain yang bergelar isteri. Bercakap atas pengalamannya sendiri, Dayana menasihati wanita yang teraniaya ini untuk bangkit dan mencari kehidupan lebih baik.Perkongsian Dayana di Threads. "Kenapa makin ramai lelaki Melayu kita yang curang? Bila isteri mintak cerai mulalah play victim burukkan isteri. Yang betina (perampas) pun sama bangang tak reti hormat perasaan perempuan lain."Untuk wanita teruskan angkat maruahmu, tinggalkan sahaja suami kalau dah beri beri peluang tapi tak berubah. Anda layak mendapatkan yang terbaik. Saya bercakap berdasarkan pengalaman," luahnya. Sementara itu Dayana juga kini dilihat kembali aktif berkongsi perkembangan peribadi di media sosial selepas beberapa bulan memilih untuk berehat. ARTIKEL BERKAITAN: Jodoh tak panjang, Dayana Roza sah bercerai talak satu ARTIKEL BERKAITAN: Dayana Roza tegur netizen suka label artis bila berpisah… “Padahal di mahkamah penuh orang bercerai”Kata Dayana, keputusan itu dibuat kerana dia mahu memberikan fokus kepada kesihatan mental selepas berdepan ujian besar dalam hidup.Malah, dia mengakui terus kuat dan bertahan berdepan fasa sukar itu demi anak-anak."Akhirnya saya kembali selepas beberapa bulan menyepi. Sesuatu telah berlaku sehingga saya mengalami tekanan mental yang teruk. Anda layak mendapatkan yang terbaikDAYANA ROZAPELAKON "Saya berasa hilang arah dan sangat tertekan, tidak tahu apa yang perlu dilakukan atau ke mana harus dituju, tetapi saya tahu saya perlu kekal kuat demi anak-anak saya."Jadi saya memutuskan untuk berehat daripada media sosial untuk memberi tumpuan kepada kesihatan mental saya, diri saya sendiri, dan anak-anak saya," ujarnya. Bukan itu sahaja, Dayana berkata sokongan keluarga dan orang terdekat juga memberi semangat buat dirinya kembali bangkit. Dayana dan A'dale bercerai selepas lima tahun berkahwin. "Bila kita sedang ada masalah, barulah kita nampak siapa kawan yang betul-betul ada dan ambil Kekalkan lingkungan kawan yang kecil, hidup akan lebih bahagia," luahnya. Dayana sebelum ini mengesahkan rumah tangganya bersama usahawan A’dale Adham Ayahudin berakhir apabila mereka sah bercerai talak satu pada 18 Disember tahun lalu.Mereka berkahwin pada 25 Disember 2020 dan dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Astrid Raheeya, 4, serta Aryan Andika, 2 tahun.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!