PENYANYI Ariff Bahran meluahkan rasa kesal apabila tuntutan bayaran balik berjumlah RM425,000 daripada seorang individu yang didakwa sebagai penganjur konsert masih belum menemui jalan penyelesaian.Ariff atau nama sebenarnya Mohammad Ariff Bahran Ahmad Azhari, 29, berkata dia sudah hilang sabar dengan taktik melengah-lengahkan masa yang dilakukan oleh individu berkenaan. Meskipun wajah sudah didedahkan kepada umum, namun individu itu masih berdiam diri dan tidak melakukan sebarang tindakan seperti diminta.Ariff berkongsi perkara itu ketika ditemui media. "Sehingga hari ini, individu terbabit masih berdiam diri. Dia ada menghantar mesej kononnya akan membuat pindahan wang keesokan hari, namun ditangguhkan berulang kali tanpa sebarang hasil."Saya juga sudah mendedahkan wajahnya di platform Threads. Orang ramai sudah mengetahui nama syarikat yang menipu saya. Mereka masih bebas di luar sana. Sama ada mereka mempunyai wang atau tidak, saya hanya mahukan hak saya dikembalikan."Saya amat berharap tindakan tegas dapat diambil supaya dia tidak terus berleluasa menipu orang lain,” katanya kepada mStar ketika ditemui pada majlis Seloka Lebaran 2026 pada Isnin. ARTIKEL BERKAITAN: Impian nak bawa Sheila On 7 masuk Malaysia musnah, Ariff Bahran tanggung kerugian RM425,000 ditipu penganjurARTIKEL BERKAITAN: Duit RM425,000 lesap, Ariff Bahran kuat demi isteri dan tiga anak… “Tetap perjuangkan, dapat atau tidak belakang cerita”Ariff menyifatkan kerugian tersebut sebagai satu pengajaran cukup berharga buat dirinya dan akan lebih berwaspada agar kejadian sama tidak berulang lagi."Jumlah RM425,000 bukan kecil. Saya memerlukan wang itu untuk perniagaan lain. Kami sudah menunggu sejak bulan Ramadan hingga ke Hari Raya, namun masih tiada bayaran atau maklum balas."Saya perlu selesaikan kes ini terlebih dahulu. Saya juga sudah belajar daripada kesilapan. Jika saya menganjurkan konsert lagi selepas ini, perancangannya akan dibuat sepuluh kali lebih teliti. Jumlah RM425,000 bukan kecil. Saya memerlukan wang itu untuk perniagaan lain.ARIFF BAHRANPENYANYI"Saya berharap pihak berkuasa bertindak segera. RM425,000 itu bukan jumlah kecil, malah boleh dijadikan deposit membeli rumah banglo," ujarnya. Dalam pada itu, Ariff turut menzahirkan rasa kecewa apabila cubaan pertamanya untuk bergelar penganjur konsert diperlekehkan oleh segelintir 'pemain besar' dalam industri."Semua orang bermula dari bawah. Ada masa kita ditipu, jatuh dan bangun semula. Bagi saya, itu perkara biasa apabila pemain besar memperlekehkan kami yang baru bertatih.Ariff Bahran tidak akan menyerah kalah dalam industri penganjuran konsert. "Namun, tidak perlulah merendah-rendahkan orang lain semata-mata untuk menghalang mereka daripada meneruskan perniagaan."Janganlah berkata Sheila On 7 wajib melalui saya, kenapa pula? Jika saya mampu mendapatkan kumpulan itu, apa salahnya? Jangan perlekehkan," tambahnya. Sebelum ini, Ariff mendedahkan dia menjadi mangsa penipuan membabitkan kerugian hampir setengah juta ringgit selepas diperdaya oleh pihak yang menjanjikan urusan membawa masuk kumpulan legenda Indonesia, Sheila On 7 ke Malaysia.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!