SELEPAS kisah perceraian menjadi bualan, pelakon Syida Melvin berkongsi luahan hati dan takdir dalam perkahwinan.Menurut Syida atau Nur Syifa Assyidda Amirol Melvin, 29, dia percaya setiap yang berlaku adalah ketentuan Yang Maha Esa. “Allah Maha Mengetahui. Dia pegang hati kita semua.“Dia nak bolak-balikkan bila-bila masa sahaja, boleh jadi. Saya percaya pada takdir,” kongsinya.Luahan Syida di Threads. Syida menulis perkara tersebut dalam satu hantaran di Threads.Dia turut mengucapkan penghargaan kepada orang ramai yang berterusan memberikan sokongan buat dirinya dalam berdepan ujian.“Tidak terbalas semua komen, mesej, kata-kata baik dan doa anda semua,” luahnya.Perkongsian tersebut mendapat pelbagai respons termasuk kata-kata semangat mendoakan buat Syida.ARTIKEL BERKAITAN: Syida Melvin fail cerai terhadap suami ARTIKEL BERKAITAN: Syida jawab tak sebulu dengan adik-beradik Melvin, gerak solo hasil produk sendiriMalah, ada juga yang meminta untuk dia terus mempertahankan rumah tangga."Semoga terus kuat dan dipermudahkan urusan Syida dan keluarga."Janganlah cerai tau... Semoga jodoh masih bersama kalian," antara komen netizen.Syida memfailkan cerai terhadap suaminya. Syida dilaporkan telah memfailkan cerai terhadap suaminya, Syafiq Azim di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam, Selangor pada Disember tahun lalu.Perkara itu disahkan oleh peguam yang mewakili Syida iaitu Nurul Jamaliah yang memaklumkan bahawa prosiding berkaitan rumah tangga pasangan itu kini sedang berjalan di mahkamah.Untuk rekod, Syida atau Nur Syifa Assyidda Amirol Melvin, 29, mendirikan rumah tangga dengan Mohamad Syafiq Azim Shaheen, 37, pada 19 Januari 2019.Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Safa Safeera, Sara Sajedda dan Serhan Isa.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!