suria

Seram... Elyana rakam bunyi pelik pukul 4 pagi, netizen kata itu ‘suara’ pocong!

Rakaman audio yang dikongsi Elyana menimbulkan tanda tanya.

PENYANYI Elyana berkongsi pengalaman seram mendengar bunyi kurang menyenangkan di kediamannya. 

Tidak mengetahui punca bunyi berkenaan, Elyana atau Erneelya Elyana Emrizal, 39, memuat naik rakaman suara berkenaan di Instagram untuk bertanyakan kepada pengikut.

"Saya rekod bunyi ni setelah 5 minit, lama juga non stop. Ni pukul 4.30 pagi, selalu bunyi kucing dan burung tak macam ni.

Elyana berkongsi rakaman audio menyeramkan di Instagram. 

"Dua bulan lepas pun dengar bunyi pelik juga. Semalam sebelum tidur macam ada bau kapur barus. Tapi bau dia jauh.

"Ada yang mesej cakap musang pandan, ada yang cakap pocong. Tapi yang pasti bukan kucing. Sebab saya dah hala bunyi kucing dan anjing di sini," jelasnya. 

Menerusi beberapa komen balas, Elyana juga meluahkan rasa terkejut dan tidak menyangka ramai berkongsi pengalaman sama.

ARTIKEL BERKAITAN: Hantaran Elyana undang sebak, ramai doakan jangan putus asa... "Aku masih ingin tinggal sedikit lebih lama" 

ARTIKEL BERKAITAN: Elyana tak terjejas selepas kembali jalani kimoterapi, mental positif bantu kekal kuat

Malah ada mendakwa bunyi berkenaan adalah suara makhluk halus yang dipanggil pocong.

 

Bukan itu sahaja, ada juga yang membuat andaian bunyi tersebut merupakan satu gangguan mistik yang dipercayai berunsur tidak baik terhadap Elyana. 

Antara komen balas pengikut yang berkongsi pengalaman peribadi. 

"Biasa kalau bunyi macam itu ada orang nak 'hantar' atau dia mengikut. 

"Ini bunyi pocong. Saya pernah ada pengalaman kena gangguan mistik. Lebih baik awak pergi cari rawatan. Semoga urusan dipermudahkan. 

"Bunyi ini sama dengan depan rumah saya. Setiap kali bunyi anak akan menangis tunjuk pintu," komen pengikut di Instagram.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain