suria

[V] Alya Iman buka mulut jawab tuduhan punca perceraian pasangan selebriti, awal-awal letak batas dengan rakan artis sudah beristeri

SELEPAS namanya dipetik menjadi punca penceraian pasangan selebriti, pelakon Alya Iman akhirnya tampil menjelaskan mengenai hubungannya dengan aktor Yusuf Bahrin.

Menurut Alya atau nama sebenarnya Nur Alya Iman Azmil, 25, hubungannya bersama Yusuf tidak lebih daripada rakan sekerja dan mereka juga tidak pernah menjalinkan persahabatan di luar set penggambaran.

"Hubungan saya dengan dia, saya tak berkawan pun dengan dia. Sejujur-jujurnya bila saya di set, sesiapa saja pasangan saya, saya tak berkawan dekat luar set. Susah untuk saya berkawan dekat luar set.

Alya jelaskan hubungannya dengan Yusuf (kanan). 

"Bagi saya set hanyalah set. Saya bukan jenis yang macam nak bina keserasian, nak lepaklah, nak ada nombor telefonlah, tak! Jadi antara saya dan individu itu, memang tak ada apa-apa. Saya tak bercakap dengan dia, saya tak tahu," katanya kepada mStar. 

Alya berkongsi perkara itu ketika ditemui ketika sesi fotografi drama Fathi Gabrielle di Media Prima pada Selasa.

Dalam pada itu, Alya mengakui segala kecaman dan dakwaan ditulis netizen itu meninggalkan kesan terhadap emosi dan mentalnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Alya Iman dipetik netizen jadi punca perceraian, Yusuf Bahrin tak teragak-agak ambil tindakan undang-undang 

ARTIKEL BERKAITAN: Badan semakin berisi, makanan buat Alya Iman gembira

 

"Kita sebagai pelakon pun ada perasaan. Kita ada kesihatan mental kita sendiri. Macam saya cakaplah saya sampai tahap resah.

"Rasa tak nak pergi mana-mana acara, saya tak nak tunjuk muka saya pun di media sosial sebab benda-benda yang dah pernah tular dulu, benda yang mengarut.

"Ia agak menakutkan dan sudah tentu ia memberi kesan kepada saya," ujarnya.

Ia agak menakutkan dan sudah tentu ia memberi kesan kepada saya

ALYA IMAN 

PELAKON 

Sementara itu, Alya berkata sebagai seorang anak seni, dia sangat menghormati status rakan pelakon lain terutamanya mereka yang sudah bergelar suami orang.

Malah, dia mempunyai cara tersendiri untuk berkomunikasi sesama mereka bagi mengelakkan sebarang salah faham atau fitnah timbul di kemudian hari.

Alya akui terkesan dengan kecaman netizen. 

"Sebelum kes itu, saya hormat dengan siapa pun saya bekerja. Kalau mereka ada pasangan atau sudah berkahwin, memang saya tetapkan sempadan antara kami.

"Kalau saya nak cakap sesuatu kepada mereka pun saya akan hubungi pihak pengurusan ataupun saya akan hubungi pembantu peribadi mereka. Itulah cara saya," jelasnya.

Sebelum ini, nama Alya Iman hangat diperkatakan netizen di media sosial selepas timbul dakwaan kononnya dia menjadi pihak ketiga dalam rumah tangga Yusuf Bahrin dan penyanyi Zizi Kirana.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain