suria

Elyana tak terjejas selepas kembali jalani kimoterapi, mental positif bantu kekal kuat

Elyana terus kekal ceria dengan ujian kesihatannya.

PENYANYI Elyana berkongsi perkembangan terkininya selepas kembali menjalani rawatan kimoterapi bagi merawat penyakit kanser limfoma yang dihidapi.

Elyana atau Erneelya Elyana Emrizal, 35, berkata rawatan tersebut tidak memberi kesan besar terhadap rutin hariannya, malah dia masih mampu melakukan aktiviti seperti biasa.

"Hari ini hari ketiga saya selepas kemoterapi, Alhamdulillah saya macam biasa kekal bertenaga dan segar tapi bila malam mengantuk sikit itu saja," katanya.

Elyana tetap positifkan diri dengan masalah kesihatan yang dialami.

Elyana berkongsi perkara itu di InstaStory miliknya.

Dalam masa sama, Elyana menasihatkan orang ramai agar tidak terlalu bimbang sekiranya melalui perkara sama sepertinya kerana kesan rawatan banyak bergantung kepada kekuatan mental seseorang.

Tambah Elyana, pemikiran yang positif mampu membantu pesakit untuk terus kuat menghadapi ujian kesihatan.

ARTIKEL BERKAITAN: Anak jadi sumber kekuatan, Elyana kembali bertarung melawan kanser

ARTIKEL BERKAITAN: Elyana jarang kongsi fasal kesihatan diri elak salah faham, luah emosi dalam ‘Bungkam’

"Kalau orang tanya saya betul ke kemo tak penat ke, betul tapi kemo ke tidak sama saja. Jangan risau korang semua, ia berpunca daripada mental kita 

"Kalau kita rasa lemah, lemah lah kita. Kalau kuat, kuatlah. Kita fikirkan yang positif," luahnya.

Pada Ahad lalu, Elyana berkongsi dirinya kembali menjalani rawatan kimoterapi selepas empat tahun disahkan bebas kanser limfoma.

Kita fikirkan yang positif.

ELYANA

PENYANYI

Elyana sebelum ini memaklumkan memaklumkan perjuangan 11 tahun melawan kanser akhirnya membuahkan hasil apabila dia disahkan bebas daripada penyakit tersebut pada Disember 2021 lalu.

Elyana meluahkan rasa syukur dan tidak dapat menggambarkan perasaan gembira dengan berita berkenaan. 

Untuk info, Elyana mengumumkan dia menghidap kanser selepas tersingkir daripada program Gegar Vaganza musim keempat pada tahun 2017.

Elyana  kembali menjalani rawatan kimoterapi selepas empat tahun disahkan bebas kanser limfoma.

Menerusi pendedahan itu, Elyana memberitahu dia menghidap penyakit itu sejak 2010 dan jangkaan awal doktor penyanyi itu hanya mampu hidup setahun sahaja. 

Elyana mendirikan rumah tangga dengan Khairul Anuar Husin pada 2010 dan dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Cinta Sumayah, 15 tahun. 

Selain Cahaya, Elyana dan Khairul turut mempunyai dua orang anak angkat iaitu Cahaya Ramadhani dan seorang anak angkat istimewa bernama Tulus.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain