suria

Anak jadi sumber kekuatan, Elyana kembali bertarung melawan kanser

Elyana mencukur rambutnya yang mula keguguran.

SELEPAS empat tahun disahkan bebas kanser limfoma, penyanyi Elyana kembali menjalani rawatan kimoterapi. 

Perkembangan itu dikongsikan sendiri oleh Elyana atau Erneelya Elyana Emrizal, 35, menerusi sebuah video yang dimuat naik di Instagram apabila dia memperlihatkan rambutnya mula gugur sebelum mengambil keputusan untuk bercukur. 

Menurut Elyana, kekuatan untuk terus berjuang diperolah oleh anak-anak yang menjadi sumber kekuatan semangat utama dalam menghadapi ujian itu. 

Elyana kembali menjalani rawatan kimoterapi.

"Masya-Allah perjuanganku demi anak-anak.  

"Saya perlu sembuh kerana saya mempunyai anak-anak yang tidak layak untuk menerima versi diri saya yang terluka," katanya. 

Difahamkan perkongsian video itu menunjukkan keadaan Elyana selepas 29 hari menjalani rawatan kimoterapi. 

ARTIKEL BERKAITAN: Elyana jarang kongsi fasal kesihatan diri elak salah faham, luah emosi dalam ‘Bungkam’

ARTIKEL BERKAITAN: Terima banyak soalan tentang kesihatan... Elyana bukan pakar, tak mampu jawab semua

Penyanyi lagu Niat itu dilihat sempat mengalirkan air mata tetapi masih mampu tersenyum melayani kedua-dua anaknya. 

Malah, dalam perkongsian itu turut memaparkan anak-anaknya membantu penyanyi berkenaan mencukur rambut.

Pada Disember 2021, Elyana memaklumkan memaklumkan perjuangan 11 tahun melawan kanser akhirnya membuahkan hasil apabila dia disahkan bebas daripada penyakit tersebut. 

Elyana meluahkan rasa syukur dan tidak dapat menggambarkan perasaan gembira dengan berita berkenaan. 

Untuk info, Elyana mengumumkan dia menghidap kanser selepas tersingkir daripada program Gegar Vaganza musim keempat pada tahun 2017.

Elyana menghidap kanser limfoma. 

Menerusi pendedahan itu, Elyana memberitahu dia menghidap penyakit itu sejak 2010 dan jangkaan awal doktor penyanyi itu hanya mampu hidup setahun sahaja. 

Elyana mendirikan rumah tangga dengan Khairul Anuar Husin pada 2010 dan dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Cinta Sumayah, 15 tahun. 

Selain Cahaya, Elyana dan Khairul turut mempunyai dua orang anak angkat iaitu Cahaya Ramadhani dan seorang anak angkat istimewa bernama Tulus.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain