PELAKON Rita Rudaini antara selebriti yang tidak lupa menyampaikan ucapan sempena hari bahagia rakan artis Erra Fazira.
Namun ucapan Rita atau Rita Rudaini Mohammad Mokhtar, 49, mencuri perhatian apabila secara berseloroh menggelarkan dirinya sebagai presiden ibu tunggal (janda).
"Selamat pengantin baru, ketua (Rita) ucapkan semoga bahagia hingga ke Jannah.

Ucapan Rita (kanan) buat Erra mengundang perhatian ramai.
"Ikhlas daripada presiden kelab JJ sedunia," katanya.
Rita berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instastory miliknya.
Sementara itu, Erra atau Fazira Wan Chek, 51, yang memuat naik semula hantaran berkenaan membalas dengan respons ringkas seolah-olah memberi bayangan dia tidak lagi menyertai ‘kelab’ tersebut.
ARTIKEL BERKAITAN: [V] Erra Fazira sah bergelar isteri Mr E, terima mas kahwin ‘sepohon’ emas
ARTIKEL BERKAITAN: [V] Erra Fazira siapkan sendiri 500 ‘doorgift’ tetamu, sekali lagi terima kejutan daripada suami di majlis resepsi
"Kita chow (pergi) dulu la ek," ujarnya ringkas.
Pada pagi Jumaat lalu, Erra mendirikan rumah tangga dengan usahawan Ezwan Zain dengan sekali lafaz di Rinjani Majestic, Kampung Melayu Subang, Shah Alam, Selangor.
Pelakon filem Sembilu itu menerima mas kahwin 'sepohon' bunga emas berjumlah 24 dinar.
Pasangan itu diraikan dalam satu majlis resepsi pada Sabtu di lokasi sama.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!


