PELAKON Faizal Hussein dan isteri, Suhaila Sulaman berbangga melihat anak perempuannya kini mula mengorak langkah ke pentas peragaan.
Menurut Faizal, anak perempuannya iaitu Fazryn sememangnya sudah lama terlibat sebagai model namun pertama kali berjalan memperagakan baju di pentas pada 7 Disember lalu.
"Fazryn memang sudah lama terlibat dengan modeling terutama dalam photoshot. Cuma kalau runway itu kali pertama.

Faizal dan isteri teruja lihat anak semakin berani.
"Malam itu pun kali pertama dia berada di atas pentas, jadi sebagai ibu bapa kami hadir sebagai tanda sokongan.
"Saya memang teruja tengok perkembangan dia sejak kecil dan kini berada di pentas runway," katanya kepada mStar.
Berkongsi lebih lanjut, Faizal memberitahu Fazryn, 20, sudah menunjukkan minat berdiri depan kamera sejak kecil.
ARTIKEL BERKAITAN: Faizal Hussein tolak banyak tawaran lakonan, tak mahu terima watak tidak penting
ARTIKEL BERKAITAN: Babak usap janggut guna kaki ‘trick’ kamera, Faizal Hussein dah jangka kena kecam
Sebagai ibu bapa, dia dan isteri sentiasa menyokong minat anaknya ke arah dunia seni namun tetap mengutamakan pembelajaran.
"Anak saya memang sejak kecil suka berada di depan kamera, pada usia sekarang dia memang tak fikir fasal pendapatan lagi cuma nak buat apa yang disukai saja.
"Sebagai ibu bapa kami sentiasa memberi sokongan dan mahu lihat sejauh mana dia mampu pergi dalam industri," luahnya.
Sekarang bagi pengalaman dulu dan limelight akan datang kemudian.
FAIZAL HUSSEIN
PELAKON
Jelas Faizal, penglibatan Fazryn sebagai model turut memberi rezeki apabila dia juga menerima ditawarkan berkerjasama dengan anaknya.
Dalam pada itu, Faizal memberitahu dia tidak pernah melarang anaknya untuk bergelar pelakon sekiranya ada rezeki kelak.
"Bila nama dia makin dikenali dalam modeling ini kadang-kadang rezeki mengalir kepada saya juga.

Faizal sentiasa sokong minta anak-anak.
"Ada pihak nak guna model bagi konsep bapa dan anak, mereka akan cari saya menggunakan dia.
"Sejujurnya dia memang berani tapi belum betul-betul mantap, sekarang bagi pengalaman dulu dan limelight akan datang kemudian," kongsinya.
Untuk rekod, Faizal dan Suhaila mendirikan rumah tangga pada 2004. Mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Fazryn dan Fazrick.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!


