suria

Cahaya Hati jadi program terakhir, isteri Da’i Syed umum berehat dunia pengacaraan

Hana mengambil keputusan untuk berehat daripada dunia pengacaraan.

ISTERI kepada pendakwah selebriti Da’i Syed iaitu Hana Ismail mengambil keputusan untuk berehat dalam tempoh yang agak lama daripada dunia pengacaraan.

Menurut Hana, 38, keputusan tersebut dibuat selepas berbincang dan menerima nasihat daripada suaminya supaya dapat memberi keutamaan sepenuhnya kepada keluarga, khususnya anak-anak yang masih kecil.

Tambahnya, tugasan pengacaraan terakhirnya adalah mengendalikan program agama, Cahaya Hati 2.0 yang berlangsung pada Sabtu. 

Hana merancang untuk kembali mengacara selepas anak-anaknya meningkat dewasa.

“Sebenarnya, saya nak beritahu mungkin saya akan berehat untuk masa yang lama selepas ini dan tidak akan lagi mengambil kerja sebagai pengacara.

“Semalam adalah hari terakhir saya sebab saya nak fokus kepada keluarga.

“Anak-anak saya pun masih kecil jadi suami pun nasihat lebih baik fokus kepada bayi saya dahulu dan perniagaan saya,” katanya kepada mStar.

ARTIKEL BERKAITAN: Da’i Syed kongsi tarikh lahir sama dengan anak kedua, tunai nazar akikah dua ekor kambing

ARTIKEL BERKAITAN: Tiada tawaran lakonan, Da'i Syed luangkan lebih masa dengan anak... Hanya terima watak Islamik

Hana berkata demikian ketika ditemui pada majlis ilmu, Cahaya Hati 2.0: Dari Luka Temui Cahaya di Kuala Lumpur pada Sabtu.

Mengakui sukar membuat keputusan tersebut, Hana berkata minatnya terhadap dunia pengacaraan terutama melibatkan majlis ilmu menjadi antara sebab utama dia berasa berat untuk berundur.

Bagaimanapun Hana memaklumkan, dia merancang untuk kembali aktif dalam bidang tersebut hanya selepas anak-anaknya sudah meningkat usia dan mampu berdikari.

“Berat untuk saya buat keputusan ini sebab mengacara adalah perkara yang saya suka. Saya suka pergi majlis ilmu dan mengacarakan majlis seperti ini.

“Tapi saya rasa ada ganjaran lebih besar sekiranya saya fokus kepada keluarga,” ujarnya. 

Untuk rekod, Hana dan Syed mendirikan rumah tangga pada 3 Disember 2022.

Hasil perkahwinan mereka dikurniakan dunia cahaya mata perempuan bernama Sharifah Fatma Nour Jamalullail.

Hana (kiri) mahu beri fokus sepenuhnya terhadap keluarga.

Dalam perkembangan lain, Cahaya Hati 2.0 merupakan satu majlis ilmu yang mengajar mengenai Islam anjuran One World Muslimah (OWM). 

Program Cahaya Hati 2.0 bertujuan untuk menjadi sumber inspirasi, sokongan, dan ilmu yang diperlukan oleh peserta bagi mendalami pemahaman terhadap

Islam, mengukuhkan keimanan dan menghadapi cabaran kehidupan serta tekanan masyarakat dengan penuh keyakinan.

Majlis itu menampilkan penceramah jemputan istimewa dari Indonesia iaitu Ustaz Irfan Rizki.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain