suria

Dr Afifah pertimbang buat laporan polis susulan penafian Nubhan, akui lihat sendiri perbuatan bibik cium bibir anak

Dr Afifah masih dalam pertimbangan untuk melakukan tindakan selanjutnya.

BEKAS isteri kepada penyanyi Nubhan, Dr Afifah Hidayah Ahmad Tawfek tampil memberikan penjelasan susulan kontroversi pembantu rumah didakwa mencium anak lelakinya di bibir ketika berada di hospital baru-baru ini. 

Dr Afifah berkata, tindakannya berkongsi perkara tersebut bukan bertujuan mencetuskan salah faham, sebaliknya bimbang dengan tahap kesihatan anaknya yang ketika itu sedang mengalami jangkitan paru-paru.

Katanya, perkongsian yang dibuat sebelum ini hanyalah luahan perasaan spontan apabila melihat situasi tersebut berlaku di hadapannya.

"Saya cuma tidak berpuas hati, sebagai seorang ibu dan doktor saya rasa perkara ini penting untuk masyarakat tahu bila berada di hospital tolong jaga adab. 

Nubhan (kiri) menafikan dakwaan pembantu rumah rumah mencium bibir anak lelakinya.

"Perkongsian saya tempoh hari adalah untuk menyatakan perasaan saya yang melihat situasi (cium) itu berlaku. 

"Normal untuk orang datang hospital perlu jaga jarak, pakai pelitup muka dan pastikan kebersihan semua terjaga. Saya tak tahu kenapa masih ada yang tidak faham," katanya ketika dihubungi mStar.

Dalam pada itu, Dr Afifah berpendapat tidak timbul isu keakbraban antara mereka sehingga memberi hak kepada seorang pembantu rumah mencium anaknya. 

Bagi Dr Afifah, sebagai ibu dia berhak menegur sesiapa sahaja sekiranya berasa kesihatan anaknya berada dalam risiko.

ARTIKEL BERKAITAN: Nubhan digelar ‘gila’, Dr Afifah berang bibik cium anak lelaki di bibir… “Walaupun pernah jaga dari kecil tetap tak boleh diterima”

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Nubhan, Dr Fie sah cerai talak dua, 10 tahun mahligai dibina musnah

"Sama ada hubungan bibik dan anak saya rapat atau tidak, itu tetap anak saya. Tak timbul isu disebabkan mereka rapat, bibik ada kelebihan untuk buat macam itu dengan anak saya. 

"Walaupun Nubhan datang hospital tak pakai pelitup muka, kalau saya rasa ia akan membahayakan kesihatan anak, saya akan tegur. 

"Tapi bibik dah tentu-tentu tiada hubungan dengan anak saya, tak tahu apa sejarah kesihatan lampau dia di Indonesia. Jadi saya tak rasa layaklah untuk dia berada dekat dengan anak saya dan mencium," ujarnya. 

Sebagai seorang ibu dan doktor saya rasa perkara ini penting untuk masyarakat tahu bila berada di hospital tolong jaga adab. 

DR AFIFAH HIDAYAH AHMAD TAWFEK

BEKAS ISTERI NUBHAN

Sementara itu, mengulas kenyataan Nubhan yang menafikan berlaku perbuatan mencium seperti didakwa, Dr Fie mengakui masih mempertimbangkan tindakan seterusnya.

"Buat masa sekarang saya tengah fikir nak buat macam mana, sama ada buat laporan polis atau tidak. Bagi saya fikir dulu tindakan seterusnya disebabkan saya juga sedang sibuk uruskan anak keluar hospital. 

"Kalau dia menafikan pun, saya tak boleh nak cakap apa-apa kerana tiada apa boleh dibuktikan. Dia (Nubhan) pun tak boleh nak cakap ya atau tidak (perbuatan mencium) sebabnya kalau saya cakap ya, dia pula kata tidak, dua-dua pun tidak menunjukkan sebarang bukti jadi orang tak boleh nak kata apa," katanya. 

Sebelum ini, Dr Afifah meluahkan rasa kurang senang apabila anak lelakinya yang sedang sakit dicium oleh pembantu rumah. 

Dr Afifah (kiri) sentiasa mengutamakan kesihatan anak-anak.

Dr Afifah turut mempersoalkan Nubhan seakan-akan tidak menghalang wanita itu bertindak sedemikian. 

Nubhan bagaimanapun menafikan dakwaan tersebut dan menegaskan tiada sebarang aksi cium mulut seperti didakwa kerana ketika itu terdapat ramai orang di tempat kejadian. 

Untuk rekod, Dr Afifah dan Nubhan sah bercerai dengan talak dua pada 2 Disember lalu. 

Mereka mendirikan rumah tangga pada 29 Ogos 2015 dan dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Aafiya Kamilia, 8, Ahmad Affan, 6, dan Afzan Nayille, 3 tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain