USAHAWAN Engku Emran menyambut baik kehadiran suami kepada pelakon Erra Fazira iaitu Ezwan Zain sebagai sebahagian daripada keluarga mereka.
Emran atau Engku Emran Engku Zainal Abidin, 50, meluahkan rasa gembira apabila akhirnya dapat bertemu dengan Ezwan yang kini bergelar bapa tiri kepada anak perempuannya, Engku Aleesya.
"Selamat datang ke dalam keluarga kami, Mr E! Saya gembira akhirnya dapat bertemu dengan ayah tiri Aleesya," katanya.

Perkongsian Emran di Instagram menarik perhatian ramai.
Emran berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instagram miliknya pada pagi Isnin.
Dalam perkongsian dibuat, Emran turut memuat naik foto dia dan Ezwan bergambar bersama ketika menghantar Engku Aleesya ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Menurut Emran, Aleesya bakal menghadiri kursus pendek di Universiti Oxford, United Kingdom kerana meraih keputusan cemerlang dalam peperiksaan International General Certificate of Secondary Education (IGCSE) baru-baru ini.
ARTIKEL BERKAITAN: [V] Erra Fazira sah bergelar isteri Mr E, terima mas kahwin ‘sepohon’ emas
ARTIKEL BERKAITAN: [V] Beruntungnya jadi Erra Fazira, 95 peratus majlis nikah suami rancang… “Bergerak ikut kemampuan dan tidak berlebih-lebih”
"Aleesya telah ditawarkan tempat untuk menghadiri kursus jangka pendek di Oxford, UK kerana pencapaian cemerlangnya dalam IGCSE.
"Jadi, kami bertiga telah menghantarnya berlepas di KLIA pagi semalam," ujarnya.
Untuk rekod, Emran pernah mendirikan rumah tangga dengan Erra atau Fazira Wan Chek, 51, pada 25 Oktober 2007 namun bercerai selepas tujuh tahun melayari bahtera perkahwinan.
Mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Engku Aleesya yang kini berusia 16 tahun.
Erra kemudiannya bertemu jodoh dengan Ezwan dan selamat diijab kabul pada 12 Disember lalu.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!


