suria

Pernah hidup susah sehingga habis duit simpanan, Dazrin Kamarudin kini berdamai dengan takdir… Bila senang ramai mengaku saudara

Dazrin bangkit membina pernigaan dengan usaha sendiri.

KETIKA perniagaan semakin berkembang, pelakon Dazrin tidak menafikan ada ramai pihak yang cuba mendekatinya untuk mendapatkan bantuan.

Kata Dazrin, 37, meskipun namanya pernah dilupakan oleh pihak terbabit, namun tidak sekalipun dia menyimpan dendam atau membalas dengan perbuatan jahat.

“Itu adalah lumrah kehidupan. Saya sudah lalui semua itu. Dahulu, ketika saya aktif berlakon, semua mahu rapat dan mengaku saudara. Apabila jatuh, saya seorang diri di rumah hampir gila. Produser yang berjanji dan memberi tawaran berlakon pun sekadar cakap kosong.

Pengalaman hidup susah mengajar Dazrin menjadi lebih prihatin. 

“Kemudian apabila saya naik semula, ada yang datang kembali.

“Saya tidak pernah menyimpan dendam. Saya sudah berdamai dengan takdir dan nasib,” katanya kepada mStar.

Dazrin ditemui ketika majlis pelancaran gedung jualan karpet Al Aqsa miliknya yang berlangsung di Shah Alam pada Ahad.

ARTIKEL BERKAITAN: 2 tahun tak berlakon, ramai sudah lupakan Dazrin Kamarudin... Lebih dikenali sebagai penjual karpet 

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya tak boleh nafas rasa nak mati” - Dazrin selamat jalani pembedahan, terlalu takut siap tinggal pesanan untuk isteri

Bercerita tentang perjalanan sepanjang bergelar anak seni, dia juga tidak terlepas daripada berdepan ujian hidup susah sehingga habis duit simpanan.

Penglibatannya dalam perniagaan ini sejak beberapa tahun lalu juga telah membuka mata Dazrin untuk bersikap lebih prihatin dan sentiasa membantu golongan yang memerlukan.

“Saya pernah berdepan situasi tiada duit simpanan dalam bank. Ketika berlakon, banyak duit masuk, tetapi Allah boleh menarik semua itu dalam sekelip mata.

Saya tidak pernah menyimpan dendam

DAZRIN KAMARUDIN

PELAKON/USAHAWAN 

“Ketika hidup susah, saya menyalahkan semua perkara. Saya bertanya mengapa perkara ini terjadi sedangkan saya tidak pernah berbuat jahat terhadap orang lain.

“Sebab itu sekarang saya cuba sedaya upaya untuk membantu orang. Saya tahu bagaimana rasanya hidup susah,” jelasnya.

Dalam menjalankan perniagaan juga, Dazrin mahu semua golongan dapat merasai keselesaan dengan gaya hidup mewah.

Penglibatan dalam pernigaan beri peluang buat Dazrin bantu golongan memerlukan. 

Justeru, dia sering menerapkan harga jualan rendah meskipun produk yang ditawarkan berkualiti tinggi.

“Material dan kebanyakan produk di gedung ini adalah diimport. Namun, saya tidak menjualnya dengan harga mahal kerana mahu ramai orang dapat merasai gaya hidup mewah,” jelasnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain