suria

“Nampak red flag, terus chow” - Shila Amzah nasihat adik sayang diri dulu sebelum orang lain

Shila sentiasa nasihatkan adiknya.

PENYANYI Shila Amzah menasihati adiknya, Syada agar tidak memaksa diri untuk terus berada dalam hubungan yang hanya melukakan hati.

Menurut Shila atau nama sebenarnya Nurshahila Amir Amzah, 35, seseorang tidak seharusnya bertahan sekiranya sudah jelas melihat ciri-ciri kurang menyenangkan dalam diri seseorang. 

“Kalau memang dah nampak red flag terus chow je. Hidup ini bukan untuk mengiyakan atau membaiki orang yang memang tak baik.

Shila dan Syada saling berbalas komen.

“Kena mula dari diri kita sendiri. Macam mana kita nak orang sayang kita, kita yang kena sayang diri kita dulu,” katanya.

Shila meninggalkan komen tersebut di platform Threads milik Syada selepas adiknya itu meluahkan perasaan trauma untuk kembali mencari pasangan. 

Syada atau nama sebenarnya Nursyuhada Amir Amzah, 27, sebelum itu berkongsi rasa takut untuk memulakan hubungan baharu, dipercayai susulan pengalaman pahit yang pernah dilaluinya.

“Logik tak kalau saya kata saya takut nak buka hati lagi? Tak, itu tak cukup tepat, saya trauma,” luahnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Pilih ketenangan, Shila Amzah amalkan gaya hidup sihat elak baca komen negatif

ARTIKEL BERKAITAN: Kali pertama jadi ‘mak pengantin’, Shila Amzah kongsi pengalaman urus majlis nikah ibu

Dalam pada itu, dia turut bersetuju dengan pendapat kakaknya malah menjelaskan rasa takut itu hadir kerana dia kini lebih menghargai dirinya sendiri, sekali gus membuatkan dia lebih berhati-hati menerima orang baharu. 

“Ini betul, itulah maksud saya yang sebenar. Oleh sebab saya mula menghargai diri sendiri dengan lebih baik, jadi makin susah nak sayangi orang lain.

“Sebab takut bila beri ruang, kita pula yang menanggung sakit. Bukan sahaja dalam percintaan, malah dalam persahabatan juga,” ujarnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain