suria

Najwa Latif kongsi pengalaman menyusukan anak pertama

Najwa seronok lalui kehidupan sebagai ibu.

SELEPAS sebulan menimang cahaya mata pertama, penyanyi Najwa Latif berkongsi pengalaman ketika kali pertama menyusukan anak perempuannya, Medina.

Mengimbau detik itu, Najwa atau nama sebenarnya Imratul Najwa Abdul Latif, 30, gagal menahan air mata kerana tidak menyangka dapat menyusu badan untuk anaknya itu. 

“Bila anak dah lahir, jururawat bawa Medina dekat Wawa (panggilan Najwa) untuk susukan. Wawa ingat Wawa cakap dekat nurse ‘tak ada susu kot saya ni’. Nurse kata tak apa, cuba dulu. Lepas urut-urut, Alhamdulillah susu keluar.

Najwa teruja menyusukan anak buat kali pertama.

“Wawa terus menangis masa susukan Medina kali pertama. Macam tak percaya boleh susukan dia. Rasa teruja sangat bila nampak kolostrum (air susu) itu,” luahnya di Instastory miliknya.

Bagaimanapun, dia mengakui perjalanan menyusu badan bukan sesuatu yang mudah terutama pada minggu-minggu awal selepas bersalin.

“Minggu pertama memang ekstrem. Sakit gila sampai berdarah. Pernah menangis dalam bilik mandi, rasa macam buat muzik video sebab menangis bawah shower. Masa sakit sangat itu, Wawa ada cakap dekat Akwa nak tukar ke susu formula sebab tak tahan sakit. 

"Tapi Akwa yang belajar guna pam susu dan tolong Wawa. Jadi Wawa dapat rehat dan sembuh sikit.  Sekarang perjalanan dah makin baik. 

ARTIKEL BERKAITAN: Najwa Latif selamat bersalin cahaya mata pertama

ARTIKEL BERKAITAN: Najwa Latiff keguguran, mohon doa kembali kuat semangat

"Wawa pam susu bila ada masa dan Alhamdulillah masih boleh susu badan Medina. Kalau satu hari nanti perlu tukar ke formula pun, Wawa reda saja. Yang penting jangan streskan diri pasal ‘breastfeeding’,” katanya.

Dalam pada itu Najwa memberitahu sejak awal kehamilan dia sememangnya sudah mempersiapkan diri secara mental dengan mengamalkan konsep reda terhadap apa sahaja kemungkinan yang bakal berlaku selepas mengalami keguguran sebelum ini.

Katanya dia bersedia dengan pelbagai risiko termasuk masalah kesihatan atau tidak mempunyai susu badan selepas melahirkan anak.

Akwa dan Najwa sentiasa lakukan persiapan mental untuk menjaga cahaya mata.

“Dari mula Wawa mengandung, Wawa memang selalu bersedia untuk hal yang paling buruk. Kalau gugur lagi, kalau anak lahir tapi Wawa tak ada susu, atau kalau ada sebarang komplikasi. 

"Wawa reda lebih awal sebab tak nak rasa down atau sedih terlalu lama,” katanya lagi.

Untuk rekod, Najwa bersama Akwa mendirikan rumah tangga pada 11 November 2022 dan dikurniakan cahaya mata pada 12 November lalu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain