TAMPIL tidak berhijab dalam drama Puteri Kembang Malam yang bakal bersiaran tidak lama lagi, pelakon Fasha Sandha menegaskan tiada keperluan untuk dia menjelaskan status penampilannya itu kepada umum. Fasha atau nama sebenarnya Nur Fasha Sandha Hassan, 42, berkata dia enggan memberikan sebarang kenyataan rasmi mengenai isu hijab kerana menganggap perkara tersebut adalah urusan peribadi antara dirinya dan keluarga. Justeru itu, Fasha tetap dengan pendiriannya untuk mengunci mulut dan memohon agar semua pihak memberikan ruang serta tidak terus mendesaknya mengenai hal berkenaan.Fasha berkongsi perkara itu ketika ditemui media. "Saya tidak berhutang penjelasan kepada sesiapa. Saya simpan perkara ini untuk diri sendiri dan keluarga. Kalau orang nak menilai, itu hak mereka. Mereka boleh terus menyokong dan menikmati karya saya."Seperti yang saya cakap sebelum ini, tiada komen. Saya tak pernah beri sebarang kenyataan tentang isu itu, jadi sampai bila-bila pun saya takkan beri komen mengenainya. Saya belum bersedia untuk bercakap, jadi saya mohon diberikan ruang dan peluang," katanya kepada mStar. Fasha berkongsi perkara itu ketika ditemui ketika sesi fotografi drama terbarunya di Media Prima pada Selasa. ARTIKEL BERKAITAN: Makan pun terpaksa catu, hidup Fasha Sandha serba sederhana... Membesar tanpa figura bapaARTIKEL BERKAITAN: Fasha Sandha alami keguguran, usia kandungan dah 10 mingguMengulas kekeliruan peminat mengenai hantarannya di Instagram yang masih memaparkan imej tidak bertudung, Fasha menyarankan agar warga maya lebih peka terhadap isu semasa yang lebih penting. "Bagi saya, lebih baik fokus kepada isu-isu lain yang lebih penting seperti isu semasa, harga minyak atau diesel yang naik. Bercakap tentang perkara itu rasanya lebih bermanfaat daripada membahaskan hal kecil."Cuma kalau ditanya soalan seperti sudah berhijab atau belum, atau kenapa Instagram masih free hair, saya tetap akan jawab tiada komen," ujarnya. Fasha turut menjelaskan tindakannya berdiam diri adalah bagi mengelakkan sebarang percanggahan kenyataan pada masa akan datang. Fasha bakal tampil dalam drama terbarunya iaitu Puteri Kembang Malam. "Pada saya, ada orang yang sudah berhijab 10, 15 malah 20 tahun pun masih boleh berubah atas sebab tertentu. Sebab itu saya tidak selesa untuk memberikan sebarang kenyataan tentang penampilan saya di media sosial."Alhamdulillah, saya juga menerima banyak sokongan positif. Saya rasa majoriti orang memberi kata-kata baik berbanding segelintir yang terus mempersoalkan perkara tersebut," ujarnya. Dalam perkembangan lain, Fasha bakal muncul dalam drama Puteri Kembang Malam yang turut menampilkan pelakon hebat lain seperti Chacha Maembong, Badron Munirah dan Zairi Aziz.Drama tersebut bakal ditayangkan di platform Tonton Original bermula 30 Mei depan.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!