PELAKON dan penyampai radio, Fazziq Muqris mengakui tindakan isterinya berkongsi video bercium baru-baru ini dianggap melampau oleh segelintir pihak.Fazziq atau nama sebenarnya Muhammad Fazziq Muqris Mohd Shariff, 26, bagaimanapun berpendapat perbuatan tersebut bukan sesuatu yang keterlaluan memandangkan wanita itu merupakan isterinya yang sah. "Saya tahu perkara ini nampak seperti melampau, tetapi bagi saya ia tidaklah terlalu keterlaluan. Pada saya dia isteri yang halal, hak sayalah nak cium pipi atau mulut dia."Tapi saya rasa dia post sebab bangga saya sebagai suami dia. Mungkin selepas ini kami akan lebih berhati-hati. Jika netizen tidak menyukai perkara tersebut, kami tidak akan mengulanginya lagi.Fazziq ambil iktibar selepas menerima banyak teguran. "Bagi pihak kami, saya memohon maaf dan akan lebih berjaga-jaga selepas ini," katanya kepada mStar.Fazziq berkongsi perkara itu semasa ditemui di sidang media pelancaran filem Kata Hati yang berlangsung di Petaling Jaya, Selangor pada petang Selasa.Sementara itu, Fazziq berkata dia tidak menerima serangan keterlaluan daripada netizen, namun tetap mengambil iktibar daripada kejadian tersebut.Malah, dia juga menasihati isterinya supaya tidak memberi sebarang respons terhadap komen negatif yang ditinggalkan netizen.ARTIKEL BERKAITAN: Dalam diam sudah setahun bertunang, Fazziq Muqris bakal nikah minggu depan ARTIKEL BERKAITAN: Fazziq Muqris sah bergelar suami“Setakat ini, Alhamdulillah tiada mesej peribadi yang keterlaluan. Namun di ruangan komen memang ada. Kami ambil sebagai iktibar dan pengajaran untuk tidak mengulangi perkara sama.“Saya juga berpesan kepada isteri supaya jangan beri sebarang reaksi. Jika dilayan, orang lain akan rasa ‘menang’. Tetapi jika kita tidak melayan, perkara itu akan berlalu begitu sahaja,” ujarnya.Dalam pada itu, Fazziq mengakui isterinya terkesan dengan komen negatif yang ditinggalkan, namun dia sebagai suami sentiasa memberikan sokongan dan kata-kata semangat. Jika netizen tidak menyukai perkara tersebut, kami tidak akan mengulanginya lagiFAZZIQ MUQRIS PELAKON DAN PENYAMPAI RADIO “Sebagai suami, saya merasakan tanggungjawab saya untuk menjaga hati dan memujuknya ketika dia berasa sedih.“Bukan memperkecilkan perasaannya, tetapi memberi penjelasan dengan baik. Itulah yang saya lakukan,” ujarnya.Sebelum ini, video kemesraan Fazziq dan isterinya menjadi perhatian ramai selepas wanita itu memuat naik video sebagai tanda sokongan terhadap kejayaan suaminya menyertai pertandingan Hyrox.Fazziq ambil tanggungjawab atas video yang dikongsi isteri. Rata-rata netizen berpendapat tindakan pasangan berkenaan berkucup di mulut tidak sesuai untuk tontonan umum, walaupun mereka merupakan suami isteri.Untuk rekod, Fazziq selamat bergelar suami kepada Sharifah Areeqa pada 22 November tahun lalu dengan sekali lafaz.Areeqa merupakan seorang pempengaruh dan mula berkenalan dengan Fazziq sejak tahun 2019.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!