PENYAMPAI radio Era FM, Fazziq Muqris selamat bergelar suami kepada pasangan pilihannya Sharifah Areeqa pada pagi Sabtu.
Pasangan ini sh bergelar suami isteri dengan sekali lafaz.
Pada majlis pernikahan itu, Fazziq atau Muhammad Fazziq Muqris Mogd Shariff, 25, menyerahkan mas kahwin berjumlah RM300.

Fazziq sah bergelar suami dengan sekali lafaz.
Majlis pernikahan itu dimuat naik secara langsung di laman Instagram Era FM.
Fazziq sebelum ini dalam satu temu bual bersama mStar memberitahu dia sudah mengikat tali pertunangan sejak tahun lalu.
ARTIKEL BERKAITAN: Dalam diam sudah setahun bertunang, Fazziq Muqris bakal nikah minggu depan
ARTIKEL BERKAITAN: Fazziq Muqris anggap Diana Danielle sebagai ‘girl crush’, akui minat sejak zaman sekolah
Areeqa merupakan seorang pempengaruh dan mula berkenalan dengan Fazziq sejak 2019.
Fazziq sebelum ini berkongsi khabar gembira foto pre-wedding bersama Areeqa namun tidak mendedahkan identiti wanita berkenaan.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube


