suria

Dalam diam sudah setahun bertunang, Fazziq Muqris bakal nikah minggu depan

Fazziq bakal tamatkan zaman bujang dengan kekasih hati.

TIADA angin tiada ribut, pelakon dan penyampai radio, Fazziq Muqris bakal menamatkan zaman bujang dengan gadis pilihan hatinya yang dikenali sebagai Syarifah dalam waktu terdekat. 

Fazziq atau nama sebenarnya Muhammad Fazziq Muqris Mohd Shariff, 25, berkata dia dan pasangannya sudah mengikat tali pertunangan sejak setahun lalu.

"Saya sudah bersedia untuk melakukan sesuatu yang baik dalam erti kata lain menghalalkan. Tarikhnya pun sudah dekat lagi seminggu.

Antara foto yang dikongsikan Fazziq di Instagram miliknya.

"Kami sebenarnya sudah bertunang setahun lalu dan hanya keluarga terdekat saja yang hadir," katanya ketika dihubungi mStar.

Menurut Fazziq, Syarifah berasal dari Singapura namun sudah menetap di Kuala Lumpur sejak kecil.

Katanya, mereka berkenalan ketika menuntut di sebuah pusat pengajian dan ketika itu Syarifah masih pelajar junior.

"Kami sudah berkenalan sejak zaman belajar lagi sekitar 2019. Kemudian hubungan jadi makin rapat. Dia seorang pempengaruh tapi bukan orang industri seni.

ARTIKEL BERKAITAN: Fazziq Muqris anggap Diana Danielle sebagai ‘girl crush’, akui minat sejak zaman sekolah

ARTIKEL BERKAITAN: Berjaya kurangkan berat badan, Fazziq Muqris kongsi tip hilang 11kg... Paling penting kena disiplin ikut rutin

"Walaupun kami sama usia, saya senior dia sebenarnya. Sebelum ini saya pernah kongsi fasal dia cuma elak berkongsi selepas itu atas sebab-sebab tertentu," kongsinya.

Dalam pada itu, Fazziq memberitahu majlis pernikahannya bakal diadakan di Kuala Lumpur dan segala persiapan sedang giat dilakukan ketika ini.

Pada Sabtu Fazziq berkongsi foto yang memperlihatkan dia bersama seorang wanita memakai baju sedondon berona putih dipercayai sesi fotografi ‘pre-wedding.  

Menerusi foto yang dimuat naik di Instagram miliknya, dia bagaimanapun tidak mendedahkan wajah bakal isterinya kepada umum.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain