PENYANYI Siti Saerah memberi peringatan yang dipercayai ditujukan kepada pihak berniat buruk terhadap dia dan keluarganya.
Menulis perkara tersebut di Instagram miliknya, Saerah atau Siti Nursairah Tarudin, 42, menjelaskan, Allah masih menutup aib yang dilakukan dan meminta dihentikan segala amalan keji itu.
"Hentikan niat dan perbuatan buruk itu, Allah tahu.

Hantaran yang dimuat naik Saerah di Instagram.
"Allah masih melindungi aib awak dari orang lain tahu," katanya.
Dalam hantaran tersebut dia juga memuat naik gambar bersama suaminya, Mohd Sharidan Johari.
Lebih menarik perhatian, kapsyen yang ditulis oleh Saerah juga menyebut tentang perbuatan syirik.
ARTIKEL BERKAITAN: Siti Saerah bangga lihat anak nyanyi lagu ‘Negaraku’ di MotoGP, tak sentap dengan komen negatif
ARTIKEL BERKAITAN: Siti Saerah kongsi keadaan anak sebelum persembahan, netizen dakwa nampak makhluk bertenggek di bahu Amad
"Saya dan suami serta keluarga dengan jalan kami. Jangan berpaksikan syirik," ujarnya.
Sementara itu, ruangan komen dipenuhi dengan kata-kata semangat daripada orang ramai yang mendoakan Saerah dan keluarga sentiasa dilindungi dan terhindar daripada perbuatan jahat.
"Semoga Allah lindungi keluarga ini.
"Semoga bahagia hingga syurga, dipermudahkan segala urusan dunia akhirat," komen netizen.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube


