SELEPAS mendiamkan diri, penyanyi Siti Saerah berkongsi keadaan anaknya, Amad yang rebah dan pengsan sebelum dan selepas membuat persembahan di Grand Finale Talk To My Manager (TTMM) yang berlangsung pada Ahad lalu.
Kata Saerah atau Siti Saerah Tarudin, 42, Amad pada awalnya kelihatan ceria dan sihat, malah sempat memberi persembahan bertenaga semasa awal pembukaan TTMM.
Bagaimanapun, beberapa minit sebelum membuat persembahan, Amad mengadu tekaknya menjadi perit selain terasa bahunya terasa berat.

Keadaan Amad di belakang pentas.
"Seperti biasa Amad menjalani proses jadual yang ditetapkan oleh pihak produksi. Persembahan pembukaan yang bertenaga dari Amad.
"Awalnya Amad sihat sehinggalah lima minit sebelum persembahan tekak Amad tiba-tiba perit, bahu Amad jadi sakit dan berat," kongsinya.
Saerah berkongsi perkara itu menerusi Instagram miliknya pada Selasa yang turut memaparkan keadaan Amad yang ceria dan penuh gelak ketawa semasa sedang melakukan persiapan.
ARTIKEL BERKAITAN: Amad rebah atas pentas TTMM, satu dewan cemas
ARTIKEL BERKAITAN: “Alhamdulillah” - Bapa tiri pilih tidak komen lanjut tentang kesihatan Amad
Dalam video yang sama turut memaparkan Amad mengadu keadaan bahu terasa berat seperti memikul sesuatu sehingga perlu dipimpin pasukan produksi sebelum naik ke pentas.
Malah Saerah juga memberi bayangan bakal berkongsi lebih lanjut mengenai keadaan anaknya tidak lama lagi.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen tidak menolak terdapat unsur hasad dengki seperti menggunakan sihir terhadap penyanyi remaja berkenaan.

Amad terlihat tidak berdaya semasa di atas pentas.
Tidak hanya itu, Biduanita Negara Datuk Seri Siti Nurhaliza serta beberapa rakan artis lain turut mendoakan kesembuhan Amad selain percaya ada rezeki lebih baik untuknya selepas ini.
"Suami saya hijab terbuka, dia nampak masa Amad nyanyi ada makhluk bertenggek dekat bahu dan berpaut pada kaki. Suara Amad tak serak dan tekak tak rosak tapi makhluk itu halang keluar.
"Kesiannya siapa yang hantar itu, busuk hati betul. Dia cuma budaklah.

Antara komen yang ditinggalkan netizen.
"InsyaAllah Amad akan kembali lebih sihat dan kuat!," antara komen netizen.
Pada Ahad lalu, ketika giliran Amad mahu menyanyikan lagu Cinta Kerana Cinta nyanyian asal Judika, dia tiba-tiba rebah sebelum memulakan persembahan.
Bagaimanapun, Amad kembali meneruskan persembahannya sehingga ke akhir, termasuk berduet bersama Nadeera untuk lagu Bukan Lagi Kita.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube


