suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tahniah! Izara Aishah selamat bersalin anak ketiga... “Bertambah lagi puteri dalam keluarga kami”

Izara dan suami sambut kelahiran cahaya mata ketiga.

PELAKON Izara Aishah selamat melahirkan cahaya mata ketiga. 

Berita gembira itu dikongsi oleh penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza yang juga merupakan ibu mentua kepada Izara. 

"Alhamdulillah, bertambah lagi puteri dalam keluarga kami," ucapnya ringkas. 

Siti berkongsi berita gembira menyambut kelahiran anak ketiga Izara. 

Siti menulis ucapan tersebut di InstaStory miliknya pada Khamis. 

Penyanyi lagu Beraya Dengan Saya itu bagaimanapun tidak berkongsi secara terperinci butiran bayi yang baru dilahirkan itu. 

ARTIKEL BERKAITAN: Tahniah! Izara Aishah hamil anak ketiga 

ARTIKEL BERKAITAN: Sedang sesuaikan diri, Izara Aishah rancang tambah anak dua tahun lagi - “Yang kedua buas betul”

Pada 1 Februari lalu, berita kehamilan Izara diumumkan menerusi satu perkongsian jenama fesyen yang bekerjasama dengannya untuk koleksi Hari Raya. 

Untuk rekod Izara atau Izara Aishah Hisham, 34, mendirikan rumah tangga dengan Adib Khalid pada 17 November 2017. 

Mereka juga dikurniakan dua orang cahaya mata perempuan iatu Irisa Alaia, 6, dan Amara Amina, 2 tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain