SELEPAS sekian lama menyepi, pelakon Azar Azmi akhirnya membuat kemunculan dan berkongsi mengenai kehidupan dan kisah rumah tangganya.Menerusi satu klip temu bual bersama program Melodi, Azar atau Siti Azar Ameerah Azmi, 37, memberitahu dia kekal bertahan dalam perkahwinan kerana anak-anak. Malah, pelakon ini juga memberi gambaran berasa cemburu melihat kebahagiaan pasangan lain.Azar menangis ketika berkongsi kisah peribadi. "Kalaulah nak dibandingkan dengan pasangan lain, saya cemburu. Saya lebih kepada menjaga anak-anak. Sebab itu saya bertahan," katanya.Pelakon itu juga dilihat gagal menahan air mata tatkala meluahkan harapan tentang hidup berkeluarga."Saya impikan keluarga yang tidak mahu gagal, biarlah sampai mati. Tak sangka jadi macam ini," luahnya.ARTIKEL BERKAITAN: “Saya minta maaf, kalau boleh bagi saya ruang” - Azar Azmi dibebaskan, bakal dipanggil jadi saksi pendakwaan ARTIKEL BERKAITAN: Suami pelakon Azar Azmi mengaku tidak bersalah, mohon ikat jamin dikurangkan... Tanggung 9 anak dan isteriSebelum ini, nama Azar kembali menjadi bualan selepas dia dan suami terkait dengan isu penipuan melibatkan penjualan tanah kurnia selain urusan darjah kebesaran.Azar kemudian dibebaskan selepas direman bagi tujuan siasatan kes berkenaan.Kehilangan pelakon ini dari dunia hiburan juga menjadi tanda tanya selepas dia mengambil keputusan untuk tidak lagi terlibat dalam mana-mana drama atau filem.Nama Azar menjadi bualan susulan terpalit dengan kes penipuan. Azar sebelum ini juga tidak pernah berkongsi kisah peribadi termasuk tentang perkahwinan. Malah dia juga tidak aktif di media sosial sehingga membuatkan ramai tertanya-tanya tentang perkembangan terkininya. Difahamkan Azar mendirikan rumah tangga dengan Mohd Apri Hazreen Mohd Sapri dan memiliki dua orang cahaya mata.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube