SUDAH lama melupakan sengketa lama, penyanyi dan komposer Ajai menyatakan kesediaan untuk kembali berkongsi pentas dengan bekas isteri iaitu Nourul Depp demi memenuhi kerinduan peminat.Ajai atau Mohamad Faizal Maas, 52, bagaimanapun menjelaskan dia terpaksa menolak pelawaan untuk muncul dalam konsert For You Nourul yang bakal berlangsung pada Mei depan disebabkan komitmen kerja lain. "Saya sebenarnya ada komitmen lain. Jadinya untuk berduet kali ini, saya rasa saya tidak dapat tampilkan diri sebab ada komitmen lain.Ajai menyatakan hasrat untuk mengadakan satu konsert khas bersama Nourul. "Memang ada (tawaran), cuma saya tidak dapat buat sebab saya sekarang tengah sibuk dengan konsert Exist nanti," katanya kepada mStar.Meskipun tidak dapat hadir pada konsert terdekat Nourul, Ajai memberi bayangan dan menyatakan hasrat untuk mengadakan sebuah konsert khas yang menggabungkan mereka berdua secara eksklusif pada masa akan datang."Mungkin kalau ada rezeki lain, mana tahu satu hari nanti ada Konsert Ajai dan Nurul, saya rasa itu lebih afdal.ARTIKEL BERKAITAN: Dah cuba segala cara tapi gagal, Nourul Wahab reda anak menjauh... Ada orang ketiga yang menghasutARTIKEL BERKAITAN: Ajai neutral isu anak perempuan dan Nourul Wahab, beri ruang selesai salah faham"Saya sebenarnya terbuka, okay sahaja sebab pada saya masalah lepas, benda lepas. Semua pun sudah 'move on'. Untuk bagi komitmen pun saya tidak ada masalah sebenarnya," ujarnya.Dalam pada itu, Ajai turut memberikan kata-kata semangat buat Nourul yang kini kembali aktif memeriahkan industri seni tanah air.Mengakui kemunculan semula memerlukan strategi pemasaran yang tepat, Ajai yakin jenama Nourul Depp masih mempunyai pengikut setia yang merindui karya-karyanya.Ajai dan Nourul sah bercerai pada Februari 2007. "Saya ucapkan kepada dia semoga berjaya. Bila dia buat kemunculan semula ini, itu petanda yang baik untuk dia sebab masih ada peminat dan lagu pun banyak yang 'hit'. "Kena cari cara untuk tarik orang untuk ingat semula kita. Dia kena ada 'marketing' yang tepat. Tapi untuk Nourul tidak ada masalah sebab orang sudah kenal dia," jelasnya.Untuk info, Nourul dan Ajai pernah mendirikan rumah tangga pada 25 Disember 1996, namun bercerai pada 28 Februari 2007.Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang cahaya mata, Ayu Nazirah.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube