suria

Umur dah masuk 50 tahun, Aaron Aziz tak mahu babak dukung lagi... “Kubur memanggil, kena jaga”

Aaron lebih selektif memilih naskhah.

PELAKON Datuk Aaron Aziz menyangkal dakwaan segelintir pihak yang mendakwa kononnya dia tidak mahu lagi menerima tawaran membintangi drama televisyen.

Sebaliknya, Aaron atau nama sebenarnya Aaron Mustapha Aziz, 50, menjelaskan bahawa dia kini lebih memilih naskhah kerana enggan lagi terjebak dengan jalan cerita yang dianggap klise dan sering diulang-ulang.

"Bukan saya kata saya tak nak buat drama cuma kalau boleh saya tak nak pegang watak yang macam dulu. Drama seperti jatuh cinta dengan perempuan kampung, jatuh cinta dengan pembantu rumah. 

Aaron tidak mahu ambil watak yang klise lagi. 

"Sudah bosanlah, asyik benda yang sama kan? Itu sahaja. Kalau ada watak yang best, sudah tentu kita tak boleh sombong sangat. Rezeki kan. 

"Sekarang pun saya tengah jalani penggambaran drama sebanyak 50 episod," katanya kepada mStar ketika ditemui di Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Iqiyi 2026 di Kuala Lumpur pada Selasa.

Selain faktor jalan cerita, Aaron turut mengakui kini lebih cenderung untuk mengelakkan diri daripada melakonkan babak yang melibatkan sentuhan fizikal.

ARTIKEL BERKAITAN: Aaron Aziz alami kecederaan mata… “Setiap setengah jam, doktor perlu letak ubat”

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Aaron Aziz tak tenang anak disaman RM2 juta… “Kita tak tahu apa yang dia rasa”

Keputusan itu diambil memandangkan usianya kini sudah mencecah angka 50-an dan dia lebih selesa menjaga batas demi kebaikan diri sendiri.

"Kalau boleh saya dah tak nak bawa babak dukung dan bersentuhan. Kalau sentuh pun ada halal gap, berbaju, berlapik dan tak kena kulit. 

"Saya pun dah masuk 50-an. Mana tahu kubur sudah memanggil, kena jagalah," ujarnya. 

Aaron tidak lagi mahu mengambil babak-babak bersentuhan. 

Dalam pada itu, Aaron turut melihat perkembangan industri drama tempatan kini berada di landasan yang tepat dengan kehadiran pelbagai platform penstriman (OTT).

Menurutnya, situasi tersebut bukan sahaja memberi lebih banyak pilihan kepada penonton, malah membuka ruang rezeki yang lebih luas buat pelakon baharu serta kru belakang tabir untuk terus berkarya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain