suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Aaron Aziz alami kecederaan mata… “Setiap setengah jam, doktor perlu letak ubat”

Aaron menunjukkan bahagian mata yang cedera.

PELAKON Datuk Aaron Aziz terpaksa dimasukkan ke sebuah pusat perubatan susulan mengalami kecederaan di bahagian mata sebelah kiri. 

Menerusi video yang dikongsi, kecederaan tersebut dipercayai akibat terkena pantulan bola ketika sedang bermain pickleball. 

Aaron, 50, juga memberitahu dia tidak dapat menyertai sebuah acara bertemu peminat kerana perlu mendapatkan rawatan di hospital. 

Aaron berkongsi perkembangan rawatan di hospital. 

"Tak dapat hadir dan doktor tak benarkan saya keluar walaupun sekejap," katanya dalam satu video yang dimuat naik pada Sabtu. 

Aaron turut berkongsi perbualan doktor yang merawatnya dengan memberitahu terdapat luka pada bahagian berkenaan. 

Dalam video tersebut, pelakon ini juga menjelaskan dia mengalami kesukaran untuk membuka mata ketika ini. 

ARTIKEL BERKAITAN: “Biadab dan kurang ajar!” – Aaron Aziz bengang terima komen tidak senonoh 

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Aaron Aziz tak tenang anak disaman RM2 juta… “Kita tak tahu apa yang dia rasa”

Aaron memaklumkan perkara tersebut ketika sedang terbaring di katil hospital. 

"Setiap setengah jam, doktor perlu letak ubat. 

"Tak boleh buka mata, kalau buka dah bengkak," ujarnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain