PERKONGSIAN penyanyi Zizi Kirana memeluk seorang kanak-kanak perempuan mengundang rasa sebak dalam kalangan pengikut di media sosial. Malah Zizi atau Nur Fazelah Mad Tahil, 41, turut meluahkan kata-kata penuh syukur selepas mendapat kasih sayang daripada seseorang, meskipun bukan darah daging sendiri. "Allah Maha Baik. Jika belum ditulis pelukan seorang anak untukku, Dia tetap meminjamkan kasih itu melalui pelukan dan senyuman anak-anak di bumi Syam," ujarnya. Luahan Zizi di Threads. Zizi berkongsi perkara tersebut di media sosial miliknya berserta video dia memeluk seoang kanak-kanak perempuan ketika terlibat dalam misi kemanusiaan di Syria awal Ramadan lalu. Biarpun bertemu dalam tempoh singkat, bagi Zizi ia cukup bermakna buat dirinya. "Dari mereka, hatiku belajar erti cinta yang paling tulus," luahnya. ARTIKEL BERKAITAN: [V] Yusuf Bahrin jawab spekulasi rumah tangga dengan Zizi Kirana bergolak... “Saya minta doakan yang baik-baik saja” ARTIKEL BERKAITAN: “Saya rindu anak-anak di Syria” - Zizi Kirana tak sabar sambut awal Ramadan di kem pelarian, bakal berlepas pagi esokDalam video berkenaan kelihatan kanak-kanak tersebut memeluk erat Zizi seolah-olah berat untuk melepaskan penyanyi itu. Zizi juga sempat berseloroh mahu terus menetap negara itu selepas mendapat reaksi spontan kanak-kanak berkenaan. Sementara itu menerusi ruangan komen di Threads, ramai yang mendoakan buat Zizi dan suaminya iaitu aktor Yusuf Bahrin supaya segera dikurniakan cahaya mata. "Bagaikan kasihnya seorang anak kepada ibunya. Semoga Zizi dan Yusuf dikurniakan zuriat buat melengkapkan keluarga. Ramai yang mendoakan Zizi dan Yusuf segera dikurniakan cahaya mata. "Semoga asbab kasih sayang ini Allah hadirkan putera puteri yang cantik, soleh solehah buat Zizi dan suami. "Semoga Allah susunkan yang terbaik buatmu," komen peminat di video berkenaan. Untuk rekod Zizi dan Yusuf bernikah pada 19 September 2021.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube