DEMI mengekalkan gaya hidup sihat, pelakon Riezman Khuzaimi kini aktif bermain sukan pickleball sebagai rutin harian bagi menjaga tahap kesihatan dan stamina. Bukan sekadar mengikut trend semasa, Riezman, 56, berkata dia serius melakukan sukan tersebut kerana mahu memastikan dirinya kekal cergas walaupun usia semakin meningkat."Saya nak kekalkan berat badan sekarang sebab akan terbabit untuk satu projek filem selepas Aidilfitri ini. Riezman sering bermain pickleball demi kesihatan. "Kalau dulu pergi gim, berlari, tapi sekarang ini saya lebih suka main pickleball kerana boleh bakar hampir 1,000 kalori untuk tempoh dua jam permainan. "Jadi, lebih baik saya main sukan ini. Tak payah main terlalu hebat pun, biasa-biasa pun akan bakar banyak kalori," katanya kepada mStar.Riezman berkongsi perkara itu ketika ditemui semasa Majlis Berbuka Filem Malaikat Malam baru-baru ini.ARTIKEL BERKAITAN: “Jangan main petik, bukan dia!” - Kak Ton nafi isteri Riezman Khuzaimi hantar sihirARTIKEL BERKAITAN: Pengalaman umur 20 tahun paling ‘happening’, Riezman Khuzaimi mengaku budak nakalMenurut Riezman, aktiviti itu juga secara tidak langsung membuatkan dia kini semakin dikenali dalam kalangan peminat muda yang turut meminati sukan berkenaan."Kalau dulu kebanyakan peminat saya daripada generasi senior, sekarang ramai golongan muda sekitar usia 20-an dan 30-an yang mengenali saya."Mereka ini memang peminat pickleball. Walaupun berpuasa saya tetap aktif bermain sukan ini," Riezman merupakan salah seorang pelakon bagi Filem Malaikat Malam. Dalam perkembangan lain, Riezman sudah tidak sabar untuk melihat maklum balas penonton mengenai filem lakonannya berjudul Malaikat Malam.Selain Riezman, pelakon lain yang turut membintangi filem tersebut ialah Syafiq Kyle, Tracie Sinidol, Amir Nafis dan ramai lagi.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube