suria

Adakah Jodoh Lebaran lagu terbaik raya 2026? Aisha Retno terima pujian Siti Nurhaliza… “TokTi approved, rakyat Malaysia pun setuju”

Siti (kanan) memberi pujian terhadap lagu raya baharu nyanyian Aisha.

BIDUANITA Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza memberi pujian kepada lagu baharu nyanyian penyanyi Aisha Retno berjudul Jodoh Lebaran. 

Dalam satu hantaran video yang dimuat naik Aisha di Instagram, Siti atau Siti Nurhaliza Tarudin, 47, menunjukkan reaksi positif dan mengucapkan tahniah atas pelancaran lagu raya baharu itu. 

"Best, tahniah dear," katanya. 

Lagu Jodoh Lebaran nyanyian Aisha (kanan) menerima respons positif pendengar.

Lagu Jodoh Lebaran nyanyian Aisha (kanan) menerima respons positif pendengar.

Dalam masa sama, pujian diberikan Siti itu turut mencuri perhatian netizen yang menganggap komen tersebut sebagai satu tanda positif.

Ramai yang menyifatkan, jika lagu dipuji Siti, pastinya hasilnya memang terbaik.

"TokTi (panggilan Siti) mengakui dan puji. Kalau TokTi dah puji memang terbukti hebatlah Aisha. Tahniah bangga tengok bakat muda macam ni. 

ARTIKEL BERKAITAN: Usah berbalah pilih lagu, Siti Nurhaliza beri bayangan anjur konsert raya

ARTIKEL BERKAITAN: Aisha Retno menangis terharu lagu ciptaannya dinyanyikan oleh Siti Nurhaliza di pentas konsert

"Wah, TokTi dah approved jadi rakyat Malaysia pun setuju!," tulis netizen. 

Sementara itu, Aisha meluahkan keterujaannya menerusi lagu Jodoh Lebaran dan berharap lagu raya itu dapat menghiburkan orang ramai. 

"Muzik video rasmi Jodoh Lebaran sudah pun dilancarkan. Alhamdulillah. 

"Jodoh di hari raya dah dapat ke sayang? Enjoy, hidup rentak di hari raya selamanya. 

"Ucapkan selamat hari raya dulu kemudian nanti datanglah jodoh tu," katanya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain