suria

Dakwa PPR kotor dan busuk, Riena Diana ‘sound’ individu biadab… “Saya pun tak pernah mengeluh, okay saja duduk sini”

Riena mengaku pernah duduk di PPR selama dua tahun.

PELAKON Riena Diana tampil menempelak seorang individu yang membuat hantaran seolah-olah menghina penghuni Program Perumahan Rakyat (PPR).

Jelas Riena, 29, yang pernah menetap di PPR Air Panas, Kuala Lumpur selama dua tahun, dia tidak pernah menghadapi sebarang pengalaman buruk semasa tinggal di kawasan berkenaan. 

Malah, dia meluahkan rasa syukur kerana mempunyai tempat untuk berlindung.

Respon Riena terhadap hantaran individu berkenaan di Threads. 

"Saya okay sahaja dulu duduk di PPR Air Panas di Setapak daripada umur 18 hingga 20 tahun. 

"Saya sangat bangga dengan bapa yang jaga saya, adik dan nenek ketika itu. Masa itu, PPR sahaja dia mampu.

"Hari-hari saya balik kerja lewat malam sebab kerja sebagai jurujual. Parkir jauh tapi Alhamdulillah selamat dan sedikit pun saya tak pernah mengeluh," katanya dalam hantaran Threads miliknya pada Jumaat. 

ARTIKEL BERKAITAN: ‘Fake people’ memang wujud, Riena Diana hanya mampu gelak jadi bahan umpatan orang industri

ARTIKEL BERKAITAN: Netizen mohon maaf, Riena Diana hampir ‘koyak’ sampai nak tutup IG

Dalam hantaran sama, Riena menasihati individu tersebut supaya lebih berhati-hati dalam membuat sebarang hantaran. 

"Selepas ini, jagalah kata-kata sebelum tulis sesuatu. Tak semua orang ada rezeki macam awak nak duduk di tempat mewah dan tidak busuk," ujarnya. 

Sebelum ini, individu tersebut membuat satu hantaran mengatakan Kawasan PPR kotor dan berbau busuk. 

Riena harap individu berkenaan lebih berhati-hati dalam menulis pendapat. 

"Macam mana kalian boleh hidup duduk PPR? Dengan bau busuk tahi kucingnya. Banyak anjing liar, keliling bau sampah," ujarnya dengan beberapa emoji muntah. 

Hantaran tersebut mendapat pelbagai reaksi warganet termasuk beberapa individu yang dikenali antaranya Riena Diana.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain