JARAK usia 25 tahun tidak menghalang pelakon Indonesia Olla Ramlan menjalinkan hubungan cinta dengan teman lelakinya Tristan Molina. Meskipun Tristan sama usia dengan anak sulungnya iaitu 21 tahun, Olla, 46, memaklumkan kesemua anaknya bersikap positif dan menerima hubungan mereka. Menurut Olla, sikap matang Tristan membuatkan dia selesa untuk menjalinkan hubungan cinta dengan jejaka tersebut. "Anak saya lebih tua lima bulan daripada Tristan. Soal rezeki, jodoh dan maut hanya Allah yang tahu.Olla bahagia bercinta walaupun jarak usia jauh. "Saya sudah dua kali bercerai. Siapa yang mahu bercerai? Kita pun tidak tahu akan dipertemukan dengan orang yang muda atau berusia."Jadi saya jalani hidup seperti biasa. Apa yang penting saya bekerja demi anak-anak dan masa depan mereka. Saya juga tidak menyangka akan bertemu Tristan," katanya. Olla berkongsi perkara tersebut ketika ditemui pada majlis Iftar Viu Together Gather di KLGCC baru-baru ini.Tambah aktres itu, walaupun Tristan masih muda, namun dia mempunyai pemikiran matang kerana sudah terbiasa hidup berdikari dan bekerja sejak umur 16 tahun. ARTIKEL BERKAITAN: Kekal jaga hubungan baik, Jessica Simpson masih sebumbung dengan bekas suamiARTIKEL BERKAITAN: Mimi Peri didakwa lakukan gangguan seksual, penduduk ugut mahu serbu rumah"Dia matang, mungkin kerana sudah bekerja dari umur 16 tahun dan hidup berdikari. Dia juga lelaki yang baik. Kalau tidak baik tak mungkin saya memilih dia. Anak perempuan saya yang masih kecil juga rapat dengannya. "Dia juga tidak terlalu memikirkan cakap-cakap orang. Saya sendiri tidak menyangka akan bercinta dengan dia dan semuanya berlaku tanpa dirancang," ujarnya. Dalam pada itu, Olla berkongsi pengalaman membintangi drama Walid terbitan Viu Malaysia yang dilihatnya sebagai pengalaman baharu dan projek pertamanya bersama produksi dari Malaysia.Olla merupakan salah seorang pelakon drama Walid. Kata Olla, setiap adegan yang dilakonkan tidak mempunyai masalah besar, namun cabaran terbesarnya adalah kekangan bahasa. "Semua pelakon seperti Faizal Hussein dan kru sangat baik dan ramah. Mereka menyambut saya dengan baik, apatah lagi saya satu-satunya pelakon dari Indonesia."Cabaran saya hanyalah pada skrip kerana semua orang di set menggunakan Bahasa Malaysia. Jadi saya perlu menterjemah skrip terlebih dahulu ke Bahasa Indonesia untuk memahaminya," katanya.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube