suria

Mimi Peri didakwa lakukan gangguan seksual, penduduk ugut mahu serbu rumah

Mimi Peri pilih kunci mulut dari keluarkan sebarang kenyataan.

NAMA personaliti media sosial Indonesia, Mimi Peri menjadi sebutan netizen selepas dia didakwa melakukan gangguan seksual terhadap penduduk di kawasan tempat tinggalnya.

Kekecohan itu tercetus apabila tular semula sebuah video lama memaparkan perbualannya bersama pelakon sensasi Indonesia, Nikita Mirzani.

Dalam video berkenaan, Mimi Peri dikatakan membuat kenyataan bahawa dia lebih gemar mencari pasangan dalam kalangan ‘anak kampung’ kerana beranggapan mereka kurang berisiko dijangkiti penyakit seperti HIV dan AIDS.

Antara rakaman yang tular melibatkan Mimi Peri.

"Saya takut sebab itu saya tak pernah menerima orang bandar, jadi saya pilih budak kampung. Saya takut pergaulan mereka," katanya dalam video tersebut.

Kenyataan tersebut mencetuskan kemarahan netizen yang menganggap ia tidak wajar, malah ada yang mendakwa personaliti media sosial itu secara terbuka melakukan sesuatu di luar kebiasaan.

Rata-rata pengguna media sosial turut menyeru mana-mana individu yang menjadi mangsa supaya tampil membuat laporan polis dan mengambil tindakan undang-undang.

ARTIKEL BERKAITAN: Jual suara jadi ‘alarm’ bangun sahur, ada sanggup bayar Mimi Peri RM5,000

ARTIKEL BERKAITAN: ‘Emak Ratu’ sudah tiada, Mimi Peri kongsi berita sedih kehilangan ibu

Susulan kontroversi itu, kediaman Mimi Peri dilaporkan turut menerima ancaman daripada orang ramai yang mahu menyerbu rumahnya.

Bagaimanapun, setakat ini dakwaan tersebut masih belum disahkan oleh pihak berkuasa dan tiada laporan rasmi berhubung kes berkenaan.

Isu tersebut terus menjadi perdebatan hangat dalam kalangan pengguna media sosial di Indonesia.

 

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain