suria

Tolak tawaran DJ sepanjang Ramadan, Dinar Candy anjur majlis tadarus al-Quran

Dinar fokus ibadah pada bulan Ramadan.

SELEBRITI Indonesia, Dinar Candy, mengambil keputusan berbeza pada Ramadan tahun ini apabila memilih untuk memberi fokus sepenuhnya kepada ibadah berbanding jadual hiburan.

Tidak hanya itu, bagi Dinar bulan Ramadan juga memberi peluang buatnya untuk lebih mendekatkan diri dengan agama. 

“Setiap bulan Ramadan aku bertaubat kepada Allah SWT, fokus beribadah,” katanya.

Dinar adakan akviti mengaji di bulan Ramadan.

Malah, Dinar memberitahu dia tidak menerima sebarang tawaran sebagai disc jockey (DJ) selama sebulan sepanjang berpuasa. 

Dia lebih memberi fokus menjalankan ktiviti berunsurkan keagamaan dengan melibatkan ramai pengikutnya di media sosial.

Antara program yang dianjurkan ialah  majlis tadarus al-Quran yang terbuka untuk sesiapa sahaja ingin menyertai dengan menawarkan hadiah kepada pemenang. 

ARTIKEL BERKAITAN: Kecoh kononnya dah bercerai tapi Dinar Candy mengaku masih belum kahwin lagi

ARTIKEL BERKAITAN: Kongsi video berdoa depan Kaabah, Dinar Candy dituduh biadab guna lagu dangdut

Bukan sekadar simbolik, hadiah yang ditawarkan juga cukup lumayan bagi menarik minat peserta.

Menariknya, aktiviti itu turut mendapat sambutan daripada masyarakat pelbagai lapisan, termasuk imam dan siak masjid.

Menurut Dinar, respons terhadap program ini sangat positif sehingga ada pihak yang menambah hadiah secara spontan melalui platform media sosial.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain