PELAKON Tracie Sinidol berkongsi pengalaman mencemaskan apabila hampir kehilangan penglihatan pada mata kiri selepas terkena bulu tangkis ketika bermain badminton.Tracie, 25, berkata selepas mendapatkan rawatan, doktor memaklumkan dia mengalami kecederaan serius pada mata sehingga menyebabkan penglihatannya hilang sementara selama kira-kira seminggu. “Saya pernah mengalami satu insiden ketika bermain badminton apabila mata kiri saya terkena bulu tangkis. Waktu itu perkara terakhir yang saya nampak hanyalah satu ‘flash’ berwarna putih dan selepas itu saya terus hilang penglihatan sebelah kiri.Tracie mengalami kecederaan yang serius ketika itu. “Doktor beritahu saya mengalami kecederaan yang agak teruk pada mata, jadi penglihatan saya memang hilang sementara waktu.“Ketika itu saya sangat berdebar dan terfikir adakah itu kali terakhir saya dapat melihat menggunakan mata tersebut. Selepas kira-kira seminggu barulah penglihatan saya kembali pulih,” katanya kepada mStar.Tracie berkongsi perkara itu ketika ditemui pada Majlis Berbuka Puasa bersama pelakon filem Malaikat Malam di Hotel Kingston 10, Bukit Jalil pada Jumaat.ARTIKEL BERKAITAN: Peminat juga seperti kawan rapat, Tracie Sinidol ada cara sendiri jaga hubungan baikARTIKEL BERKAITAN: [V] Wajah disamakan dengan Lisa Blackpink, Tracie Sinidol terkejut... “Saya biasa saja, jauh betul kalau nak dibandingkan”Disebabkan kejadian yang berlaku tahun lalu itu, Tracie berkata dia mengambil keputusan untuk berhenti bermain badminton buat sementara waktu.“Selepas kejadian itu, saya belajar untuk lebih menghargai apa yang kita ada dan perlu lebih berhati-hati. Saya memang terus berhenti bermain badminton.“Mungkin nanti apabila semuanya sudah okey saya akan cuba semula, tetapi buat masa ini saya sedang menjalani penggambaran, jadi saya tidak mahu ambil sebarang risiko,” ujarnya.Tracie memainkan watak buta dalam filem Malaikat Malam. Dalam pada itu, Tracie berkata pengalaman tersebut turut membantunya menjayakan watak dalam filem terbaharunya, Malaikat Malam yang memerlukan dia melakonkan karakter seorang individu buta.“Pengalaman itu saya gunakan dalam watak yang saya bawa dalam filem ini. Ia sangat menyentuh hati kerana kadang-kadang kita mengambil remeh apa yang kita ada.“Sampai satu tahap apabila perkara itu diambil oleh Tuhan, barulah kita sedar bagaimana untuk menghargainya. Pengalaman itu benar-benar merendahkan ego saya dan mengajar saya untuk lebih bersyukur,” katanya.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube