BAPA kepada penyanyi Wann Rashidah iaitu Meor Abdul Rashid Meor Abdul Salim, 78, meninggal dunia di Hospital Selayang pada Jumaat pukul 9.25 malam.Berita duka itu disahkan oleh pelakon Sheila Mambo selepas mendapat keizinan daripada Wann semasa menziarahinya di Surau Al-Hijriah, Kuala Lumpur sebentar tadi. Menurut Sheila, dia dimaklumkan arwah sudah menerima rawatan di hospital berkenaan sejak 3 Februari lalu selepas disahkan menghidap batu karang dalam hempedu.Jenazah kini berada di Surau Al-Hijriah sebelum dikebumikan pada pagi Sabtu."Saya difahamkan keadaan kesihatan arwah semakin teruk apabila penyakit yang dialami mula merebak hingga terdapat jangkitan dan mengalami masalah kuning."Arwah dikenali sebagai insan yang cukup baik. Arwah merupakan guru mengaji al-Quran yang terkenal di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Sri Aman, Kepong. "Dia dijemput Ilahi pada hari yang cukup indah iaitu pada hari Jumaat, bulan Ramadan dan malam nuzul al-Quran "katanya kepada mStar. Menurut Sheila, Wann yang kini menetap di Singapura tidak sempat berada di sisi arwah pada saat akhir hayatnya kerana dalam perjalanan ke Kuala Lumpur tetapi dapat melihat keadaan bapanya melalui panggilan video oleh saudara yang berada di hospital. ARTIKEL BERKAITAN: Sheqal meninggal duniaARTIKEL BERKAITAN: [V] Isma Aliff meninggal dunia"Wann ada melawat arwah bapanya ketika menerima rawatan di hospital sebelum ini. Cuma ketika arwah nazak, Wann tidak sempat berada di sisinya,"katanya.Jenazah Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Batu 5, Jalan Ipoh, Kuala Lumpur kira-kira pukul 10 pagi ini.