PELAKON Que Haidar tampil menjelaskan hubungannya dengan aktres popular, Nur Fazura selepas gelagat mereka berbalas komen di media sosial mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan peminat.Que atau Tengku Iskhan Shah Tengku Haidar, 47, berkata, hubungan mereka sebenarnya tidak lebih daripada persahabatan lama yang terjalin sejak awal pembabitan dalam industri seni. Menurutnya, mereka mula mengenali antara satu sama lain ketika sama-sama membina nama dalam dunia lakonan.Aksi mesra Fazura dan Que sebelum ini jadi perhatian.“Memang kami bersahabat. Fazura ialah sahabat yang sudah lama tidak berjumpa dan kami memasuki industri ini dalam tempoh yang lebih kurang sama.“Pada tahun yang sama juga kami pernah tercalon dalam kategori Pelakon Lelaki dan Pelakon Wanita Harapan. Saya menerusi filem KL Menjerit, manakala dia pula melalui filem Bicara Hati,” katanya kepada mStar. Que berkongsi perkara itu ketika ditemui pada sidang media program Raya Astro 2026 yang diadakan di Hotel Pavilion, Kuala Lumpur pada Khamis.ARTIKEL BERKAITAN: Que Haidar hadiahkan sejambak bunga mawar merah jambu, Fazura tersipu-sipu maluARTIKEL BERKAITAN: Netizen mula ‘kenenkan’ Que Haidar, Nur Fazura… Siap ada hashtag #QueLaFazkanDenganBismillahDalam pada itu, Que memberitahu pertemuan semula mereka selepas sekian lama turut menimbulkan rasa kekok kerana masing-masing telah melalui perjalanan berbeza dalam kerjaya.“Bila jumpa semula, mestilah ada rasa malu-malu. Maklumlah saya sudah lama meninggalkan industri.“Kadang-kadang saya terfikir juga, ‘wow, besarnya nama awak sekarang’, sedangkan saya rasa nama saya kecil sahaja,” ujarnya. Kalau orang gembira, Alhamdulillah. QUE HAIDARPELAKONMengulas reaksi peminat yang teruja melihat kemesraan mereka, Que berkata dia tidak mengambil serius spekulasi yang timbul.“Kalau orang gembira, Alhamdulillah. Kalau perkara ‘kenen-kenen’ ini buat orang gembira atau boleh hilangkan keresahan mereka, saya okey sahaja.“Kita tidak perlu fikir terlalu berat. Kalau saya beratkan, ia jadi berat. Kalau saya ringankan, ia jadi ringan. Jadi saya layan sahaja,” katanya.Que dan Fazura sudah lama bersahabat.Sebelum ini, gelagat Que dan Fazura yang saling berbalas komen di platform Threads mengundang pelbagai reaksi ramai. Netizen turut mencipta tanda pagar rasmi buat mereka iaitu #QueLaFazkanDenganBismillah sebagai tandangan sokongan dan doa yang baik-baik. Namun tidak kurang juga yang menganggap ia sekadar gimik promosi.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube