suria

“Tiada hak bermalam dengan Hawra, saya faham mungkin Uqasha risau” - Kamal Adli

Kamal seronok luangkan masa dengan anaknya.

PELAKON Kamal Adli menganggap ketiadaan hak bermalam bersama anaknya bukan satu masalah besar, sebaliknya tetap berusaha memberikan yang terbaik buat puteri tunggalnya, Hawra Uqaira.

Kamal atau nama sebenarnya Ahmad Kamal Ahmad Adli, 42, berkata dia bersyukur kerana bekas isterinya, Uqasha Senrose sentiasa memudahkan urusannya untuk berjumpa dengan anak mereka.

Menurut Kamal, dia menerima segala keputusan yang dibuat demi memastikan yang terbaik buat Hawra.

Kamal sedia meneriam apa saja keputusan.

"Kami tiada hadanah cuma keputusan bersamalah. Tapi macam saya cakap saya gembira sebab Uqasha memudahkan saya untuk jumpa Hawra.

"Hak bermalam? Buat masa ini tidak lagi sebab saya faham dan tahu mungkin pihak Uqasha risau saya tiada pengalaman nak jaga dia (Hawra).

“Tapi saya tak ada masalah pun, saya cuba faham dan dapat jumpa pun dah bersyukur sangat. Boleh luangkan masa dengan dia sebab masa tidur dia pukul 10 malam, jadi sebelum itu saya dah hantar dia balik,” katanya. 

ARTIKEL BERKAITAN: ‘Rakyat’ bising Kamal Adli tak kejut bangun sahur - “Parah bila seorang”

ARTIKEL BERKAITAN: Gurauan sesama lelaki, Kamal Adli mohon maaf tarik rambut jurusolek

Kamal berkongsi mengenai perkara itu ketika ditemui pada majlis Viu Together Gather dan Iftar di Serai Hall, KLGCC baru-baru ini.

Bercakap mengenai Ramadan, Kamal tidak menafikan tahun ini terasa berbeza apabila dia kini hidup bersendirian.

"Ramadan tahun ini sangat berbeza sebab bila balik tiada orang. Itu yang terlepas sahur.

Tahun ini tak masak pun, dapur pun saya dah lupa bentuk.

KAMAL ADLI

PELAKON

"Hari ketiga sahur dah tak boleh bangun, tidak mampu dah sebab tiada orang kejut. Sebelum ini bangun sebab kena kejutkan orang, pastikan orang sahur juga.

"Tapi tahun ini tak makan pun tak apa, memang tangkap muat saja setakat ini, apa yang ada," katanya.

Malah Kamal sempat berseloroh mengenai dapurnya yang sudah lama tidak berasap kerana jarang memasak sejak kebelakangan ini.

"Tak ada kepentingan sangat nak fikir macam dahulu. Kalau hari pertama puasa dulu, saya tak reti masak, konon-konon masak.

Kamal belum masuk dapur lagi sejak Ramadan pertama.

"Tahun ini tak masak pun, dapur pun saya dah lupa bentuk macam mana sebab lama sangat tak masuk dapur," ujarnya.

Untuk rekod, Kamal dan Uqasha sah bergelar suami isteri pada 4 November 2021 dan sah bercerai talak satu di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur pada 12 Januari lalu. 

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Hawra Uqaira yang kini berusia dua tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain