PELAKON Zara Zya mengimbau kembali kenangan indah zaman kanak-kanaknya ketika tiba bulan Ramadan.Menurut Zara atau nama sebenarnya Zainurul Razia Mohd Zainuddin, 41, suasana bersahur bersama ahli keluarga suatu ketika dahulu cukup meriah walaupun terpaksa bangun dalam keadaan mengantuk. Kata Zara, ibunya akan mengejutkan dia serta adik-beradik untuk bersahur selain menyediakan pelbagai juadah untuk mereka sekeluarga.Zara kenangan momen manis saat Ramadan.“Rindu masa kecil dulu. Kalau bulan puasa, mama atau adik-beradik kejut sahur. Mama masak macam-macam. Dari mengantuk terus jadi berselera.“Memang meriah betul waktu sahur sebab satu keluarga berkumpul,” katanya.Namun kata pelakon itu, suasana tersebut kini hanya tinggal kenangan apabila keluarganya sudah tidak lagi berkumpul seperti dahulu.ARTIKEL BERKAITAN: [V] Zara Zya tak ‘goyang’ nampak makhluk halus, percaya manusia lebih muliaARTIKEL BERKAITAN: Bertemu atas urusan kerja, Zara Zya jawab hasrat bekas tunang Zarina Anjoulie mahu jadikan isteriMalah Zara turut mengakui sedih apabila memikirkan bagaimana keluarganya kini sudah berpecah dan jarang bertemu.“Tapi sekarang sunyi sesunyi sunyinya. Tak sangka bila saya dah besar, keluarga saya berpecah.“Yang dulu setiap hari bertemu muka, sekarang bertahun-tahun tak bersua,” ujarnya.Perkongsian Zara sentuh hati netizen.Dalam pada itu, Zara turut berasa sebak apabila ibunya meminta menggunakan pinggan lama milik keluarga mereka kerana dapat mengingatkan kembali kenangan lama. “Hari ini mama saya suruh pakai pinggan lama dia. Bila tengok pinggan itu saya sedih.“Sebab terkenangkan siapa yang pernah makan atas pinggan itu dulu. Kami enam beranak, sekarang saya cuma dengan mama saya saja,” luahnya.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube