PELAKON Zara Zya mendedahkan dirinya sudah lebih 10 tahun berdepan gangguan mistik dan boleh melihat makhluk halus.Biarpun bukan satu perkara baharu, namun kata Zara atau Zainurul Razia Mohd Zainuddin, 41, situasi itu sedikit sebanyak memberi kesan terhadap aktiviti hariannya. "Apa yang membuatkan saya rasa takut adalah disebabkan wajahnya yang buruk. Namun kita tak seharusnya takut, sebab manusia adalah makhluk Allah yang lebih mulia.Zara kuat berdepan ujian nampak makhluk halus. "Sebelum ini lebih teruk sebab saya boleh nampak dengan lebih jelas sehinggakan kedai kegemaran saya pun dah tak boleh pergi sebab nampak benda itu. Sekarang semakin baik."Memang sangat mengganggu daripada segi mental dan fizikal. Contohnya saya susah nak menghafal sebab dia kacau. Saya sudah lalui perkara ini lama dan sangat menyusahkan," katanya kepada mStar.Zara ditemui pada majlis tayangan Kandungan Ramadan Astro 2026 di Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada malam Selasa.ARTIKEL BERKAITAN: Sudah bertahun hadap, Zara Zya selalu nampak ‘ponti’ duduk cangkung mengintai di dapur ARTIKEL BERKAITAN: Zara Zya impi hidup berumah tangga, anggap diri ‘menyeramkan’ punca tiada lelaki mendekatPelakon itu berkongsi perkara tersebut sebagai respons kepada hantaran yang dimuat naik di Threads berhubung situasi dia ternampak makhluk halus di kawasan rumahnya.Bagaimanapun Zara enggan terlalu berkongsi apa yang dilalui selama ini kerana sedar ia akan mendatangkan kesan kepada diri sendiri."Apa yang saya kongsi baru-baru ini sebab rasa seperti meluat melihat 'dia' ada di situ. Nak cerita lebih pun perkara ini agak sensitif. Saya sudah lalui perkara ini lama dan sangat menyusahkanZARA ZYA PELAKON "Orang mungkin kata saya sengaja reka cerita atau mahukan perhatian. Hanya yang mengalami sahaja tahu. Sebenarnya 'dia' tahu. Nak cakap lebih takut juga," kongsinya.Sepanjang tempoh berdepan situasi ini, Zara telah mendapat pelbagai rawatan termasuk berjumpa psikiatri.Berharap dirinya dapat pulih daripada masalah itu, Zara bersyukur diberi kekuatan untuk terus bersemangat dan tidak mudah berputus asa.Perkongsian Zara di Threads mencuri tumpuan ramai. "Mestilah saya sudah pergi berubat, cuma Allah belum izinkan saya pulih sepenuhnya. Saya dah jumpa psikiatri dan makan ubat. Sekarang ini hanya lalui sahaja semua ini."Selalunya saya amalkan zikir dan akan pasang video ketika tidur. Syukur Allah beri kekuatan untuk saya bersemangat. Saya tidak akan tunduk dengan benda ini," luahnya.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube