PENYANYI Nubhan menyerahkan sepenuhnya kepada peguam yang dilantik bagi menguruskan hal berkaitan tuntutan harta sepencarian seperti yang difailkan oleh bekas isterinya, Dr Afifah Hidayah Ahmad Tawfek.Kata Nubhan atau Ahmad Nubhan Ahmad, 40, dia sedia memberi sepenuh kerjasama bagi menyelesaikan segera proses mahkamah tersebut. “Saya serahkan semua kepada peguam dan sedia beri kerjasama. Peguam saya telah hadir ke mahkamah,” katanya ringkas ketika dihubungi mStar pada Selasa.Dr Afifah minta Nubhan beri kerjasama urusan mahkamah. Nubhan memberi respons tersebut selepas dia dikatakan tidak hadir ke Mahkamah Tinggi Syariah Seremban bagi prosiding di hadapan Pendaftar.Nubhan diwakili oleh peguam syarie, Mohd Redzuan Ramli. Dr Afifah ketika bertemu media memberitahu dia berharap bekas suaminya itu dapat memberi kerjasama dengan hadir pada tarikh prosiding yang ditetapkan.ARTIKEL BERKAITAN: [V] Nubhan enggan terlalu fikir soal jodoh, mahu fokus masa depan anak-anak ARTIKEL BERKAITAN: [V] Nubhan enggan buka aib bekas isteri, hak Dr Afifah mahu bercerita di media sosial… “Dia tetap ibu kepada anak-anak saya”“Saya harap kes ini dipermudahkan dan dapat selesai dengan cepat. Saya juga tidak mahu menyusahkan mana-mana pihak serta berharap semuanya berjalan lancar.“Harapnya dia boleh datang pada waktu-waktu penting itu dan beri kerjasama kerana seperti yang dia cakap sebelum ini, dia boleh berkawan dengan saya demi anak-anak. Saya harap dia berpegang pada ayat itulah,” ujarnya.Mahkamah menetapkan Nubhan sebagai pihak defendan untuk memasukkan pembelaan berhubung tuntutan harta sepencarian yang difailkan bekas isterinya, Dr Afifah, sebelum 24 Februari ini. Nubhan dan Dr Afifah sah bercerai pada Disember tahun lalu. Mahkamah juga telah menetapkan 11 Mac ini untuk sebutan semula kes sama ada pihak plaintif mahu memasukkan jawapan balas kepada pihak pembelaan atau sebaliknya.Untuk rekod, Nubhan mendirikan rumah tangga dengan Dr Afifah Hidayah Ahmad Tawfek pada 29 Ogos 2015, namun disahkan bercerai talak dua pada awal Disember tahun lalu.Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Aafiya, 9, Ahmad Aafan, 7, dan Afzan Nayille yang kini berusia 4 tahun.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube