PENGACARA Neelofa dilaporkan semakin terbuka berkongsi wajah anak sulungnya, Muhammad Bilal untuk tatapan umum.Menerusi video tular di media sosial, Neelofa dikatakan tidak lagi memilih untuk menutup wajah putera tercintanya dengan ‘sticker’. Malah dalam video tersebut turut memaparkan aksi manja di antara Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor, 37, bersama Bilal yang sedang membaca doa.Wajah Bilal kembali jadi bualan netizen.Bilal dilihat mengikuti setiap bacaan Neelofa dengan lancar sekali gus mengundang rasa teruja dalam kalangan netizen.Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen teruja melihat wajah Bilal buat kali pertama selain memuji kecomelan kanak-kanak itu.Difahamkan video tular itu merupakan rakaman lama namun kembali tular selepas dimuat naik oleh sebuah syarikat makanan di akaun rasmi Instagram mereka. ARTIKEL BERKAITAN: [V] Neelofa, PU Riz jawab isu kenakan bayaran tinggi untuk kelas agama… “Kami buat di hotel lima bintang, makan pun sedap”ARTIKEL BERKAITAN: Wujud ketidakpatuhan tadbir urus, Neelofa ambil alih TheNoor… Kini sah pemegang saham majoriti"Baru nampak Lofa tunjuk muka anaknya. Selama ini sentiasa blur."Tapi ini video lama kan sebab Bilal kecil lagi, tapi tetap comel," antara komen netizen.Untuk rekod, Neelofa dan suami Harris, mendirikan rumah tangga pada 27 Mac 2021.Mereka telah dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Muhammad Bilal, dan Abdullah Abbas.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube