suria

“Aku salah seorang produk jenayah itu” - Aedy Ashraf ulas isu lelaki miskin tak fikir panjang

Aedy bayangan dirinya dibesarkan daripada keluarga bermasalah.

HANTARAN pelakon Aedy Ashraf di aplikasi Threads mencuri perhatian ramai apabila seolah-olah memberi bayangan dirinya dibesarkan daripada keluarga bermasalah.

Aedy atau nama sebenarnya Mohammad Addy Ashraf Rosmadi, 33, dilihat bersetuju dengan satu kenyataan pengguna Threads yang menyifatkan lelaki berkahwin tanpa kemampuan kewangan sebagai satu bentuk ‘jenayah’.

"Jenayah terbesar lelaki buat adalah bila kau miskin tapi kau kahwin. Kau miskin tapi buat anak, kau miskin sorang-sorang lepas itu kau heret anak bini kau miskin sekali," tulis pengguna Threads tersebut.

Aedy luahkan isi hati di Thread.

Terkesan dengan perkongsian individu itu, Aedy kemudian membuat perkongsian semula pada  hantaran tersebut dan mengakui dirinya turut pernah berada dalam kehidupan tersebut. 

 “Sangat bersetuju dengan perkara ini, aku salah seorang produk jenayah itu,” luahnya ringkas.

Bagaimanapun, Aedy tidak mengulas lanjut mengenai situasi sebenar yang dialami hingga membuat kenyataan tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Apa jadi 10 tahun lepas? Aedy Ashraf tolak trend throwback 2016… “Tak nak ingat zaman itu”

ARTIKEL BERKAITAN: Aedy Ashraf tiada SPM, berhenti sekolah ketika usia 16 tahun... Pilih kerja berbanding pelajaran sebab keluarga susah

Luahan berkenaan  mengundang reaksi netizen yang rata-rata meluahkan rasa simpati terhadap nasib pelakon itu, selain mendoakan agar dia terus menjadi insan yang berjaya dan membanggakan keluarganya.

Dalam masa sama, terdapat juga segelintir netizen yang berharap Aedy tidak memandang isu tersebut secara umum kerana masih ramai lelaki di luar sana yang berusaha keras demi keluarga.

 “Semoga Aedy menjadi lelaki qawwam yang membanggakan keluarganya. Awak seorang yang kuat.

 “Ada yang bermula dengan motor kapcai, sekarang sudah duduk rumah mewah.

Aedy bersama ibu dan kakaknya.

 “Jangan pukul rata, setiap orang ada susun atur hidup masing-masing,” antara komen netizen.

Aedy sebelum ini pernah mendedahkan terpaksa berhenti sekolah ketika berada di tingkatan empat demi membantu menyara keluarga yang berada dalam kesusahan.

Menurutnya, keputusan tersebut merupakan antara pilihan paling sukar dalam hidup, namun terpaksa dilakukan demi memastikan kelangsungan hidup keluarganya ketika itu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain