PELAKON Aedy Ashraf enggan mengenang kisah yang pernah dilalui pada 2016 meskipun ramai kini mengikuti trend berkongsi kisah menarik dan inspirasi di media sosial masing-masing. Menerusi perkongsian di aplikasi Threads, Aedy berkata dia antara individu yang memilih untuk tidak berkongsi apa yang pernah berlaku dalam hidupnya kira-kira 10 tahun lalu. “Ramai orang muat naik throwback 2016. Menarik dan memberi inspirasi melihat perjalanan hidup masing-masing, bagaimana mereka membesar. Perkongsian Aedy di Threads miliknya.“Tapi ramai juga yang memilih untuk tidak berkongsi, mungkin sebab tak nak ingat kembali zaman itu. Sejujurnya saya salah seorang daripada mereka,” tulisnya.Perkongsian Aedy itu menarik perhatian ramai apabila rata-rata warganet menyokong keputusannya untuk tidak berkongsi kisah lama berkenaan.Malah, ramai pengikut turut sependapat dengan luahan yang dibuat Aedy apabila mengakui mereka juga tidak melalui tahun yang indah pada 2016.ARTIKEL BERKAITAN: Aedy Ashraf pernah dikejar peminat… “Ada yang nak tengok dan pegang, saya okay saja”ARTIKEL BERKAITAN: Aedy Ashraf minta maaf babak buka baju, pakai ‘boxer’ dalam Klepet… “Cuba jadikan filem ini nampak real”“2016. Ibu saya meninggal dunia.“Betul. 2016 bukan tahun yang best untuk saya juga. Tahun air mata dan ujian. Tapi Allah ganti smula dalam tempoh 10 tahun dengan sebaik-baik nikmat. Masya-Allah.“Samalah kita tak throwback 2016. Ada yang kita pilih untuk tak nak diingat kembali,” tulisnya beberapa pengikut.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube