PELAKON Aedy Ashraf tampil memberi penjelasan berhubung babak dalam filem terbaharunya, Klepet yang tidak berbaju dan tampil ber’boxer' atau mengenakan seluar dalam peninju.
Menurut Aedy atau Mohammad Addy Ashraf Rosmadi, 32, babak tersebut adalah sebahagian daripada usaha produksi untuk menampilkan realiti sebenar kehidupan.
Aedy juga memohon maaf kepada penonton sekiranya berasa kurang senang dengan babak tersebut.

Aedy (kiri) memberi penjelasan mengenai babak tidak berbaju dalam Klepet.
“Dalam filem ini kami cuba sebaik mungkin untuk tonjolkan realiti sebenar. Saya di luar berseluar pendek dan di rumah bersama kawan lelaki memang buka baju.
“Itu apa saya cuba cerminkan bagi menggambarkan realiti untuk penonton.
“Andai kata ada yang kurang senang dan pedih mata, saya minta maaf awal-awal sebab kami cuba buat kerja untuk jadikan filem ini nampak ‘real’. Tiada niat lain,” katanya kepada mStar.
ARTIKEL BERKAITAN: Aedy Ashraf pernah dikejar peminat… “Ada yang nak tengok dan pegang, saya okay saja”
ARTIKEL BERKAITAN: [V] Tersenarai calon FFM34 beri semangat buat Aedy Ashraf, kembali selepas 20 tahun
Dalam pada itu, Aedy tidak menafikan pada mulanya dia berasa bimbang namun yakin dengan proses tapisan filem yang dijalankan oleh Lembaga Penapisan Filem (LPF) dan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas).
“Saya takut juga tapi saya percaya perfileman kita ada tapisan daripada LPF dan Finas.
“Mereka lebih mahir dan handal, tahu apa yang mereka tapis.

Dari kiri: Aedy, Nadhir dan Meerqeen merupakan teraju utama filem Klepet.
“Masa penggambaran kita rasa tak patut cakap macam itu tapi pendekatan daripada pengarah biar kami buat apa saja, mereka akan uruskan dalam proses suntingan dan ambil dari sana,” ujarnya.
Selain Aedy, Klepet turut dibintangi pelakon Nadhir Nasar, Meerqeen, Joey Daud, Aeril Zafrel dan Eric Fuzi.
Filem Klepet bakal ditayangkan di seluruh pawagam bermula Khamis ini.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube


