PELAKON Mia Ahmad berkongsi perjalanan rumah tangganya bersama bekas penjaga gol Johor Darul Ta’zim (JDT), Izham Tarmizi Roslan yang disifatkannya sebagai tempoh penuh liku dan ujian.
Menerusi luahan yang dimuat naik di akaun Instagram miliknya, Mia, 37, tidak menafikan pernah berada pada tahap hampir berputus asa ketika melalui fasa mencabar dalam tempoh hampir sembilan tahun perkahwinan mereka.

Mia Ahmad dan Izham bahagia melayari bahtera rumah tangga.
“Hampir 9 tahun kami bersama. Pernah rasa give up. Pernah rasa hopeless. Pernah rasa tak cukup buat sehabis baik, pernah rasa dah cukup buat sehabis baik tapi hati masih berbolak balik,"katanya.
Mia atau nama sebenarnya Samihah Ahmad Baderi berkata, tanpa ilmu dan kemahiran untuk memahami pasangan, hubungan itu mungkin hanya bertahan tanpa sebarang rasa.
“Tanpa skil untuk memahami, mendengar dengan baik dan memaknai setiap yang berlaku… mungkin saya hanya pada tahap bertahan dalam perkahwinan.
ARTIKEL BERKAITAN: Mia Ahmad tersentak dengar kenyataan guru tentang kanak-kanak istimewa, kesal kesedaran mengenai autisme masih rendah
ARTIKEL BERKAITAN: Mia Ahmad selamat bersalin anak ke-4, timang bayi lelaki
“Inilah satu proses ibadah yang paling panjang, ianya bukan seperti yang digambarkan di dalam filem ataupun media sosial tetapi satu bentuk perjalanan yang memerlukan kesedaran tinggi, niat baik, doa dan tindakan untuk terus belajar, aplikasikan dalam perkahwinan dan kehidupan,"katanya yang bersedia melangkah tahun baharu dengan perubahan positif.
Mia mendirikan rumah tangga dengan Izham pada 13 Januari 2017.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Sayf Issa, 6, Iriss, 4, Imaani, 2, dan seorang bayi lelaki.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube


